بسم الله الرحمن الرحيم

semoga usaha yang sedikit ini di catat sebagai "1 kebajikan" di sisiNya..insya'ALLAH
SeLaNgkaH ke aLaM peRjuaNgaN, bererti selamanya dalam kepahitan.. biarlah menangis, terluka, kecewa, ditinggalkan kerana ALLAH daripada mati terkambus tanpa mujahadah... tApi, InGaTLah..setiap titisan darah daripada luka.. serta setiap titisan air mata itulah Mahar kita ke SYURGA..bila ditanya, kenapa berjuang itu pahit? jawabnya kerana SYURGA ITU MANIS..
...:mujahadatunnafsi adalah perjuangan yang mesti:...
...:muhasabatunnafsi amalan yang perlu:...
..........SeLaMaT BeRjUaNg............

semoga redha,rahmah kasih sayang jua inayah perlindunganNYA senantiasa menemani hari-hari yang kita lalui..Insya'Allah..
reDha,tabah dan sabarlah berhadapan dengan setiap mehnah ujianNya.. kerana setiap sesuatu ada hikmahnya...
cume kita yang kekadang gagal menghalusinya..

Sunday, March 29, 2009

dah sembahyang belum...???


"sembahyang dah??"
antara soalan yang kerap singgah di telinga kami sejak dulu.. dan hingga kini walapun telah meningkat ke alam dewasa insan yang bergelar ibu itu masih tidak jemu untuk bertanyakan soalan itu setiap kali kami pulang ke kampung. walaupun kekadang dalam bentuk soalan yang agak berbeza ( tadi semayang subuh kat mane?, bas berenti untuk semayang kat masjid mane?, ramai tak orang kat masjid tempat berhenti sembahyang?) tetapi maknanya tetap sama.. ibu itu terlalu ingin tahu apakah anak-anaknya sudah melaksanakan kewajipan yang termaktub dalam al kitab itu.. memastikan anak-anaknya tidak lupa untuk sujud pada ilahi..mensyukuri nikmat kehidupan ini...
alahai... ibu itu tidak pernah jemu untuk bertanyakan soalan yang hampir sama... walaupun kami anak-anaknya ini kekadang terlupa untuk menyalami, mengucup jemarinya tatkala berdiri di hadapannya..sehingga dia yang terlebih dahulu mengingatkan...

orang yang tak sembahyang ni dia nak jadi 'tongkat' langit... dulu, saya tidak mengerti mengapa ibu itu selalu mengulang kata2 itu kepada kami.. kami pernah bertanya, kenapa?
orang yang tak sembahyang ni dia tak nak mati.. jawab ibu itu merungkai persoalan di minda kecil anak-anaknya.. namun ketika itu, kami masih belum memahami sepenuhnya..
sehinggalah ibu itu menyambung lagi penerangan secara berperingkat-peringkat.. sesuai dengan tahap iQ anak-anaknya..
nanti hari kiamat langit akan runtuh.. semua hancur.. maknanya semua orang akan mati..kalo orang yang tak sembahyang tu dia tak nak mati..dia takut nak jumpa ALLAH.. ALLAH akan seksa orang yang tak sembahyang ni.. sebab tu laa kita kata orang yang tak sembahyang ni dia nak jadi tongkat langit.. tak bagi langit runtuh...
ooo... kami angguk2.. "tapi boleh ke nk jadi tongkat langit tu?" soalan bodoh itu pula terbit dari bibir kami
mana boleh..ALLAH lebih berkuasa.. jawapan ibu itu menyirnakan keraguan di dalam benak pemikiran kanak2 kami ketika itu...