بسم الله الرحمن الرحيم

semoga usaha yang sedikit ini di catat sebagai "1 kebajikan" di sisiNya..insya'ALLAH
SeLaNgkaH ke aLaM peRjuaNgaN, bererti selamanya dalam kepahitan.. biarlah menangis, terluka, kecewa, ditinggalkan kerana ALLAH daripada mati terkambus tanpa mujahadah... tApi, InGaTLah..setiap titisan darah daripada luka.. serta setiap titisan air mata itulah Mahar kita ke SYURGA..bila ditanya, kenapa berjuang itu pahit? jawabnya kerana SYURGA ITU MANIS..
...:mujahadatunnafsi adalah perjuangan yang mesti:...
...:muhasabatunnafsi amalan yang perlu:...
..........SeLaMaT BeRjUaNg............

semoga redha,rahmah kasih sayang jua inayah perlindunganNYA senantiasa menemani hari-hari yang kita lalui..Insya'Allah..
reDha,tabah dan sabarlah berhadapan dengan setiap mehnah ujianNya.. kerana setiap sesuatu ada hikmahnya...
cume kita yang kekadang gagal menghalusinya..

Sunday, May 23, 2010

bisikkan ketabahan dalam harapan



andai kesusahan menjengah perjalanan..
bisikkanlah harapan..
yang padanya ada janji..
janji pada dirimu..
janji yang akan membuatkan hatimu tenang..

bentengkan dirimu dengan harapan
agar engkau tidak pernah berputus asa..
kesusahan itu..
akan berlalu..
pasti..

hijabkan rasa hatimu..
saat berhadapan dengan kesusahan itu..
dari pendengaran teman-temanmu..
kerana tidak semua di kalangan mereka
yang akan menyelami perasaanmu..
kerana ada di antara mereka,
yang tertawa bahagia dengan kesusahanmu..

kesusahan... keresahan...
hanyalah tetamu yang singgah sementara
sebagaimana kesenangan..
yang hanya musafir ke halaman hati kita..
tidak akan selamanya menghiasi..
persis kuntuman mawar
yang mekar dan gugurnya silih berganti..

duhai hati..
mengertilah hakikat hidup ini..
harapan jangan pernah runtuh..
walau disaat hati luluh..
dengan keresahan yang hadirnya..
tidak pernah mengenal erti lelah..