بسم الله الرحمن الرحيم

semoga usaha yang sedikit ini di catat sebagai "1 kebajikan" di sisiNya..insya'ALLAH
SeLaNgkaH ke aLaM peRjuaNgaN, bererti selamanya dalam kepahitan.. biarlah menangis, terluka, kecewa, ditinggalkan kerana ALLAH daripada mati terkambus tanpa mujahadah... tApi, InGaTLah..setiap titisan darah daripada luka.. serta setiap titisan air mata itulah Mahar kita ke SYURGA..bila ditanya, kenapa berjuang itu pahit? jawabnya kerana SYURGA ITU MANIS..
...:mujahadatunnafsi adalah perjuangan yang mesti:...
...:muhasabatunnafsi amalan yang perlu:...
..........SeLaMaT BeRjUaNg............

semoga redha,rahmah kasih sayang jua inayah perlindunganNYA senantiasa menemani hari-hari yang kita lalui..Insya'Allah..
reDha,tabah dan sabarlah berhadapan dengan setiap mehnah ujianNya.. kerana setiap sesuatu ada hikmahnya...
cume kita yang kekadang gagal menghalusinya..

Monday, August 09, 2010

Salam Ramadhan 1431- "Marhaban Ya Ramadhan".

Tirai syaaban bakal berlabuh..dan Ramadhan pula mengambil giliran..begitulah putaran masa yang diaturNya. dalam kekalutan menghitung hari, tanpa sedar, kita bertuah kerana diberi peluang oleh Allah untuk kita mengutip lagi untaian fadhilat bulan yang penuh keberkatan ini. dan seharusnya, kehadiran Ramadhan kita sambut dengan penuh kesyukuran sebagaimana Rasulullah bergembira setiap kali tiba bulan Ramadhan, (bulan yang Permulaannya adalah rahmat, pertengahannya adalah pengampunan, pengakhirannya adalah pembebasan api neraka...)
kegembiraan itu disampaikan pula kepada sahabat2 baginda sambil bersabda :

"Sungguh,telah datang kepadamu bulan Ramdhan, bulan yg penuh keberkatan. Allah memfardukan atas kamu berpuasa. Di dalam bulan Ramdhan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh syaitan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Barang siapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu, maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan."
(Riwayat Ahmad)


Ahlan ya ramadhan!

Semangat untuk menghidupkan Ramadhan dengan ibadah lain selain dari berpuasa pastinya terasa berkobar dalam diri kita, cuma kekadang nafsu yang telah bertahun mendiami di dalam diri terasa begitu sukar untuk ditarbiah. dan sering kali semangat itu luntur begitu sahaja bersama hari-hari ramadhan yang ditinggalkan.

Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada kami untuk meraih sebanyak mungkin kelebihan-kelebihan yang Engkau janjikan di bulan yang mulia ini.teguhkanlah hati-hati kami agar istiqamah dalam melaksanakan kebaikan serta jadikanlan Ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan-ramadhan yang pernah kami lalui sebelum ini. Ya Allah,redhailah kehidupan kami dan terimalah segala amalan kami. Ya Allah, kami terlalu takut jika ibadah kami tertolak disisiMu lantaran nafsu yang belum berjaya kami didik, riak yang mungkin tersembunyi tanpa kami sedari serta dosa silam yang masih belum terampun lantaran nasuha yang sering kami mungkiri.... ampunilah kami Ya Allah... Amin ya rabbal 'Alamin...