بسم الله الرحمن الرحيم

semoga usaha yang sedikit ini di catat sebagai "1 kebajikan" di sisiNya..insya'ALLAH
SeLaNgkaH ke aLaM peRjuaNgaN, bererti selamanya dalam kepahitan.. biarlah menangis, terluka, kecewa, ditinggalkan kerana ALLAH daripada mati terkambus tanpa mujahadah... tApi, InGaTLah..setiap titisan darah daripada luka.. serta setiap titisan air mata itulah Mahar kita ke SYURGA..bila ditanya, kenapa berjuang itu pahit? jawabnya kerana SYURGA ITU MANIS..
...:mujahadatunnafsi adalah perjuangan yang mesti:...
...:muhasabatunnafsi amalan yang perlu:...
..........SeLaMaT BeRjUaNg............

semoga redha,rahmah kasih sayang jua inayah perlindunganNYA senantiasa menemani hari-hari yang kita lalui..Insya'Allah..
reDha,tabah dan sabarlah berhadapan dengan setiap mehnah ujianNya.. kerana setiap sesuatu ada hikmahnya...
cume kita yang kekadang gagal menghalusinya..

Tuesday, November 17, 2009

di sebalik redup wajah mereka.

minggu terakhir persekolahan... perasaan saya bercampur baur..dan saya pasti setiap warga sekolah lain jga begitu. tugasan yang terpaksa disiapkan sebelum cuti bermula sememangnya membuatkan saya merasakan pantasnya masa berlalu. Tema minggu ini juga.. "budaya tutup sekolah"
buku-buku teks telah dihantar..anak2 datang kesekolah dengan beg kosong..itu saya maklumi..kerana pembahagian buku2 teks untuk tahun hadapan pula akan bermula.
kelas agak bising. mungkin kerana mereka tahu sukatan pelajaran telah tamat. mungkin kerana mereka gembira cuti panjang akan bermula...mungkin terlalu banyak cerita yang ingin mereka kongsikan dengan teman2 kerana selepas ini mereka tidak dapat berkumpul seperti ini dalam tempoh yang agak lama... segalanya mungkin...
angin dingin yang menghembus cukup mendamaikan.sesekali hujan yang meyirami bumi sejak awal pagi tadi kedengaran lebat. saya lihat wajah girang anak2 ketika saya melangkah masuk ke kelas. salam saya dijawab dengan suara yang agak kuat..seolah mahu mengatasi bunyi hujan..dan mereka membaca doa dan mengucap kalimah syahadah apabila saya menunjukkan isyarat tangan.
hari ini saya tidak merancangkan ape2 aktiviti untuk dilaksanakan walaupun pada rekod pengajaran harian saya catatkan "muraja'ah" sementelah pula mood untuk mengajar terasa hambar.... ni dah mood cuti..teringat kata seeorang teman.. mood orang nak kawin...yang lain menyampuk sambil menjeling saya. dan saya tersengih cuma..he3
dalam waktu setengah jam itu saya merenung setiap anak2 di dalam kelas itu. mereka ada reaksi tersendiri..tetapi setiap kali pandangan mereka bertembung dengan saya, mereka tertunduk malu. saya tersenyum di dalam hati.
seorang murid menghampiri saya.dia tersengih..ustazah..kita nak tolong jaga kelas..katanya. saya geleng. tak pe..ustazah ada ni ustazah jaga laa..
dia angguk..tetapi dia masih merenung saya..amik kerusi duduk sini..arah saya dan dia pantas melakukannya.. saya mula baru memikirkan untuk memulakan perbualan dengannya...tetapi beberapa orang murid lain menghampiri kami. ustazah nk duduk dekat ustazah jugak.. seorang berkata..yang lain mengikut.saya angguk dan berkata. tak payah amik kerusi. berdiri je.
mereka tersenyum...alahai sukanya...mungkin kerana bukan selalu mereka dapat merasai suasana santai di dalam kelas seperti ini.. satu persatu wajah redup mereka saya renung..
1 yg sy perasan, seorang murid yang berdiri tidak jauh dari saya asyik mengenyitkan mata kirinya setiap kali saya merenung dia. solihin...saya menggamit..dan dengan senyuman dia menghampiri saya. cuba buat sekali lagi macam tadi...arah saya.. dia menggeleng.senyuman masih tidak lekang dari wajahnya...tetapi dia terus menggeleng walaupun saya menyuruh beberapa kali...pandai ek wat camtu.. saya mengusik dia. dia wat cammane ustazah? seorang bertanya. macam ni..saya tunjuk gaya.. (tapi yang pasti tak menjadi sebab kedua-dua mata saya terpejam..)haha.
ooo.. mereka ketawa...
di sebalik setiap redup tenang wajah mereka..saya pasti..ada pelbagai cerita yang tidak bisa kita duga sangka dengan pandangan zahir kita...
benar lah.. zaman kanak2 sungguh bahagia.. kerana mereka tidak perlu memikirkan ape2 masalah rumit seperti kita orang dewasa...sesekali terdetik rasa kesal bila kita orang dewasa sering memarahi dan menyalahkan mereka... dan saya sendiri akui kekadang tangan ini mencubit lengan mereka.. bila emosi mengatasi akal kita sememangnya tidak dapat mengawal diri.... "jangan mendidik dengan menyakitkan.." saya cuba mengaplikasikan kata2 itu..tapi saya sering tewas dengan kenakalan mereka....sesekali mereka perlu di ajar dengan merasa sakit... naluri saya menutur andaian yang saya tidak pasti benar salahnya......