بسم الله الرحمن الرحيم

semoga usaha yang sedikit ini di catat sebagai "1 kebajikan" di sisiNya..insya'ALLAH
SeLaNgkaH ke aLaM peRjuaNgaN, bererti selamanya dalam kepahitan.. biarlah menangis, terluka, kecewa, ditinggalkan kerana ALLAH daripada mati terkambus tanpa mujahadah... tApi, InGaTLah..setiap titisan darah daripada luka.. serta setiap titisan air mata itulah Mahar kita ke SYURGA..bila ditanya, kenapa berjuang itu pahit? jawabnya kerana SYURGA ITU MANIS..
...:mujahadatunnafsi adalah perjuangan yang mesti:...
...:muhasabatunnafsi amalan yang perlu:...
..........SeLaMaT BeRjUaNg............

semoga redha,rahmah kasih sayang jua inayah perlindunganNYA senantiasa menemani hari-hari yang kita lalui..Insya'Allah..
reDha,tabah dan sabarlah berhadapan dengan setiap mehnah ujianNya.. kerana setiap sesuatu ada hikmahnya...
cume kita yang kekadang gagal menghalusinya..

Sunday, May 17, 2009

terima kasih cikgu

16 mei 2009.. sama seperti tahun lalu..saya menerima banyak ucapan2 selamat hari guru..satu pesanan yang begitu menyentuh hati.. "semoga menjadi guru yang baik..." insya'Allah.. hati saya berbisik.

dan...
"Alang2 menjadi guru, sebutir pasir dijadikan intan, seketul batu dijadikan berlian, sekelas murid dijadikan insan, setulus janji tetap ditunaikan..KeranaMu Allah kami berkorban, keranaMu jua bakti kami curahkan..." terasa besarnya tanggungjawab dalam gengaman bila membaca SMS dari seorang teman sama bidang.

terkenang zaman persekolahan dulu, jika di tanya apakah cita2 bila besar nanti? salah satu jawapan yang kerap terluah dari bibir saya ialah, GURU.. dan kini saya telah mencapai cita2 itu..ALHAMDULILLAH. dan saya tahu tugas ini tidak semudah yang jiwa kanak2 saya fahami dulu. terlalu besar tanggungjawab ini, bukan hanya sekadar mengajar di dalam kelas dan menanda buku2 latihan!! terlalu banyak persoalan yang kadang2 tiada jawapan muncul dalam benak pemikiran seorang guru. terlalu tinggi harapan setiap guru pada setiap murid2 yang di ajarnya.yang insan lain tidak bisa memahami dengan sebenar-benarnya.

kata orang, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.. begitulah, kita tidak akan benar2 merasai perasaan orang lain sehingga kita yang mengalaminya sendiri. jika ada yang berkata bukan sukar untuk menjadi guru,saya nasihatkan jangan terlalu cepat membuat penilaian kerana anda tidak merasai apa yang dirasai oleh seorang guru...

Amanah yang di pikul itu terlalu berat, jika tersalah langkah, apa alasan yang akan kita jawab di hadapan YANG ESA nanti. itu yang paling saya takut...

apapun, buat insan2 yang bergelar guru.. tahniah.. bukan semua yang berpeluang untuk mengutip pahala yang di janjikan Allah buat hamba yang mengajarkan ilmunya kepada orang lain, yang ikhlas berkorban demi kebahagiaan orang lain... Insya' ALLah redha Nya terus menjadi milik kita selagi kita bermatlamat menggapai redhaNya semata..

buat2 guru2 yang pernah mendidik diri ini.. terima kasih..semoga kalian semua dirahmati ALLAH sentiasa...buat mak dan ayah, kalian sebenarnya guru terawal yang saya kenal..selamat hari guru!! terima kasih...