بسم الله الرحمن الرحيم

semoga usaha yang sedikit ini di catat sebagai "1 kebajikan" di sisiNya..insya'ALLAH
SeLaNgkaH ke aLaM peRjuaNgaN, bererti selamanya dalam kepahitan.. biarlah menangis, terluka, kecewa, ditinggalkan kerana ALLAH daripada mati terkambus tanpa mujahadah... tApi, InGaTLah..setiap titisan darah daripada luka.. serta setiap titisan air mata itulah Mahar kita ke SYURGA..bila ditanya, kenapa berjuang itu pahit? jawabnya kerana SYURGA ITU MANIS..
...:mujahadatunnafsi adalah perjuangan yang mesti:...
...:muhasabatunnafsi amalan yang perlu:...
..........SeLaMaT BeRjUaNg............

semoga redha,rahmah kasih sayang jua inayah perlindunganNYA senantiasa menemani hari-hari yang kita lalui..Insya'Allah..
reDha,tabah dan sabarlah berhadapan dengan setiap mehnah ujianNya.. kerana setiap sesuatu ada hikmahnya...
cume kita yang kekadang gagal menghalusinya..

Saturday, January 24, 2009

Engkaulah Ratu Hatiku..

















Tiada ungkapan selain ALHAMDULILLAH... yang mampu saya ucapkan bagi menunjukkan betapa bahagianya saya menjadi anakmu.. betapa bangganya saya memiliki ibu sehebat dirimu..

SUJUD HANYA PADA-NYA



Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya.Dia amat kagum dengan penemuan tersebut,sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang doktor neurologi. Setelah memeluk Islam,dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Quran".Kajian perubatan melalui Al-Quran membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Quran.Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah,biji hitam (black seed) dan sebagainya. Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam,maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf,terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. Setelah membuat kajian yang memakan masa,akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang.Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam.Begitulah keagungan ciptaan Allah. Jadi barang siapa yang tidak menunaikan sembahyang,maka otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal sepenuhnya. Oleh yang demikian,kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.

Kesimpulannya: Makhluk Allah yang bergelar manusia yang tidak bersembahyang, apatah lagi yang tidak beragama Islam,walau pun akal mereka berfungsi dengan secara normal tetapi sebenarnya dalam sesuatu keadaan mereka akan kehilangan pertimbangan dalam membuat keputusan yang normal. Justeru itu,tidak hairanlah jika manusia ini kadang kala tidak segan silu untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan fitrah kejadiannya,walau pun akal mereka mengetahui bahawa perkara yang akan dilakukan itu adalah bersalahan dengan kehendak mereka.Inilah adalah kesan daripada ketidakupayaan otak mereka untuk mempertimbangkan akan perbuatan mereka itu secara lebih normal.Maka dengan itu tidak hairanlah timbulnya bermacam-macam gejala-gejala sosial masyarakat masakini.

SIN CHAN OH SIN CHAN...





Pertama kali melihat wajah comel kartun animasi sin chan yang berbaju melayu itu saya tergelak sendiri.. "aduh cute sekali" hi2..


Saya pasti ramai yang minati animasi ini... saya? em.. antaranya laa... walaupun ada yang berpendapat sin chan boleh memberi pengaruh negatif kepada anak-anak, tetapi saya temui beberapa ciri positif yang mungkin boleh kita renungkan bersama...

hakikatnya, setiap sesuatu ada kebaikan dan keburukan. terpulang kepada kita untuk mencari nilai positif atau negatif. kita seharusnya melihat sesuatu dari variasi sudut. kecuali sesuatu yang sememangnya telah termaktub di dalam al Quran dan sunnah tentang keburukannya.

sin Chan- tengok bukan sekadar tengok....

kenapa sin chan macam tu.. kerana didikan dari kedua mama dan papanya..

"mama.. saya sudah balik..." ungkapan yang yang sering terluah dari sin chan setiap kali pulang dari sekolah itu sudah saya hafal..hihi... ada pengajaran di sini.. kita boleh membiasakan anak-anak dengan ungkapan salam setiap kali masuk ke rumah..

"mama




Friday, January 23, 2009


"Jangan menangis..tiap sesuatu ada hikmahnya"
Hari-hari yang berlalu terus mendewasakan kita.. dan saya semakin mengerti erti sebenar hidup ini.. saya sentisa mengingatkan diri..tentang hakikat perjuangan yang sering menuntut berjuta pengorbanan.. saya sedar tuhan menguji bukan kerana Dia ingin mengetahui samada kita tabah ataupun tidak kerana Dia sudah sedia maklum ahwal ummatNYa tetapi Dia mahu menzahirkan kepada kita agar kita bisa menilai diri kita apakah kita termasuk di kalangan hambaNya yang beriman atau kufur.. kerana itu, saya sentiasa cuba untuk tidak menangis..tidak tega membiarkan air mata di bazirkan hanya kerana dugaan kecil yang menjengah diri..tidak sanggup membiarkan air jernih ciptaan Tuhan Yang Maha Agung ini mengalir kerana meratapi nasib diri..tetapi hakikat.. saya tidak sekuat itu.. saya tidak setabah itu..saya cuma mampu berdoa..berharap airmata yang mengalir adalah airmata syukur kerana dalam berbilion ummah saya yang terpilih untuk merasai nikmatnya ujian ini.. saya yakin tiap yang berlaku terselit hikmah yang bukan sedikit.. cuma saya yang kekadang gagal memandang "sesuatu" itu sebagai hikmah..
Bicara yang juga sering bonda ungkapkan itu sentiasa menjadi azimat berharga untuk saya menempuh hari2 saya.. ceriakan hari anda...!! itu yg paling penting!!
if u smile.. the world will smile with you..

bingkisan buat bonda tersayang..


Belaian Ibu
Album : Damai
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com
Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh, ibu,Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang..Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan.. Di saat kita berjauhan..Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang...Bak si kecil kehilangan..Kau insan penyayang
Betapa ku merindu..Lembutnya belaian ibu..Membuatku terlena
Ku pastikan dikau aman..Dikurnia sejahtera..Tak ku lupakan
Di wajahmu berolak tenang,Debar di dada kau rahsiakan,Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera..Tak ku lupakan..Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari..Mendakapimu penuh girang..Bak si kecil kehilangan
Tiada aku tanpa ibu..Hanya (kau) satu didunia..Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta..Kau insan pengasih..Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu..Membawaku ke syurga..Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh, Ibu..
Lagu : Manis Helma (Hijjaz Records)
Lirik : Alif Lam Ra (Gurindam Entertainment)
Susunan Muzik : Along Exist, Isman Isam
Penerbit : Zahid, Isman Isam
Hakcipta : Hijjaz Records

Wednesday, January 21, 2009

Ciri sahabat yang perlu dicari


5 cara pilih sahabat.

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Kawan sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalmu dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu."

~~SaHaBaT~~Tiada digelar shbt jika di hatinya tiada kesetiaan, sunyi dari keprihatinan, lalai dgn ujian, tamak pd pemberian...
Sahabat...
Jika hari ini aku terlalu gembira
sedarkanlah aku dgn amaran2 ALLAH...
Jika kubersedih tanpa kata,
pujuklah aku dgn tarbiah Pencipta...
Jika kulemah tak berdaya,
ingatkanlah aku dgn kehebatan syurga...
Jika antara kita ada tembok yg memisah,
ajaklah aku meleraikannya segera...
Jika ada budi yang dihutang,
hanya ucapan terima kasih yg mampu dilafaz...
Jika pernah hatimu terluka
luahkanlah agar aku berubah,
hanya maaf yg mampu
kupinta... Dan jika kupergi tanpa
kembali, iringilah
pemergianku dgn doa...
berjanjilah ukhuwah kita utk selamanya...

Monday, January 19, 2009

erti sebuah perjuangan...

Hidup ini adalah perjuangan.. selagi roh dan jasad setia bersatu, selagi itulah kita harus berjuang..
Matlamat perjuangan sepastinya hanya untuk meraih redha DIA yang mencipta kita..Mencipta seluruh isi alam ini.. Yang Maha berkuasa menentukan segala sesuatu... Yang Maha Hebat mengatasi segala...
oleh itu... teruskan perjuangan.. semoga hidayah agung anugerah dariNya menemani kita hingga kehujung nyawa.. amin...