بسم الله الرحمن الرحيم

semoga usaha yang sedikit ini di catat sebagai "1 kebajikan" di sisiNya..insya'ALLAH
SeLaNgkaH ke aLaM peRjuaNgaN, bererti selamanya dalam kepahitan.. biarlah menangis, terluka, kecewa, ditinggalkan kerana ALLAH daripada mati terkambus tanpa mujahadah... tApi, InGaTLah..setiap titisan darah daripada luka.. serta setiap titisan air mata itulah Mahar kita ke SYURGA..bila ditanya, kenapa berjuang itu pahit? jawabnya kerana SYURGA ITU MANIS..
...:mujahadatunnafsi adalah perjuangan yang mesti:...
...:muhasabatunnafsi amalan yang perlu:...
..........SeLaMaT BeRjUaNg............

semoga redha,rahmah kasih sayang jua inayah perlindunganNYA senantiasa menemani hari-hari yang kita lalui..Insya'Allah..
reDha,tabah dan sabarlah berhadapan dengan setiap mehnah ujianNya.. kerana setiap sesuatu ada hikmahnya...
cume kita yang kekadang gagal menghalusinya..

Wednesday, April 21, 2010

Assalamualaikum,

Maha Suci Allah, Zat yang mengurniakan kasih sayang kepada makhluk-makhluk- Nya.

Tidaklah kasih sayang melekat pada diri seseorang kecuali ianya akan memperindahkan orang tersebut dan tidaklah kasih sayang terlepas dari diri seseorang kecuali ianya akan memperburukkan dan menghinakan orang tersebut.

Kenapa begitu?

Jikalau kemampuan kita untuk menyayangi orang lain tercabut, maka itulah asal dari segala bencana kerana kasih sayang Allah hanya akan diberikan kepada orang-orang yang hatinya masih memiliki kasih sayang.

Oleh kerana itu, tidak boleh tidak, kita mesti berjuang dengan sekuat tenaga agar hati nurani kita hidup. Kita boleh mengasahnya dengan merasa terharu dengan kisah-kisah orang yang rela meluangkan waktu untuk memperhatikan orang lain.

Kita dengar bagaimana ada orang yang rela bersusah-payah membacakan buku, suratkhabar atau juga surat kepada orang-orang yang cacat penglihatan sehingga mereka dapat belajar, dapat informasi dan boleh mendapatkan ilmu yang lebih luas.

Rasulullah SAW bersabda, "Allah mempunyai seratus rahmat (kasih sayang), dan menurunkan satu rahmat kepada jin, manusia, binatang dan haiwan melata. Dengan rahmat itu mereka saling berbalas-kasih dan berkasih sayang, dan dengannya pula binatang-binatang buas menyayangi anak-anaknya. Dan Ia menangguhkan 99 bahagian rahmat itu sebagai kasih sayang-Nya pada hari kiamat nanti". (HR Muslim)

Dari hadits ini jelas bahwa walaupun hanya satu rahmat-Nya yang diturunkan ke bumi, namun kesannya bagi seluruh makhluk sungguh luar biasa dahsyatnya.

Oleh kerana itu, sudah semestinya jika kita merindukan kasih sayang, perhatian dan perlindungan Allah SWT, tanyakanlah kembali pada diri kita, sampai sejauhmanakah kita menghidupkan hati kita untuk berkasih sayang dengan makhluk lain.

Kasih sayang boleh diibaratkan sebagai pancaran sinar matahari di pagi hari. Dari dahulu sampai sekarang ia terus-menerus memancarkan sinarnya dan ia tidak mengharapkan sedikit pun cahaya yang telah terpancar tadi untuk kembali kepada dirinya.

Sepatutnya seperti itulah sumber kasih sayang di hati kita, ia benar-benar melimpah terus dan tidak pernah habis.

Untuk memunculkan kepekaan dalam menyayangi orang lain, kita boleh memulakannya dengan menyayangi diri sendiri terlebih dahulu.

Mulailah dengan menghadapkan tubuh ini ke cermin seraya bertanya:

1. Apakah wajah indah ini akan bercahaya di akhirat nanti?

2. Apakah wajah ini akan hangus terbakar oleh nyalaan api Jahannam?

Tatapilah hitamnya mata kita seraya bertanya :

1. Apakah mata ini, mata yang boleh menatap Allah, menatap Rasulullah SAW, menatap para kekasih Allah di syurga kelak atau malah ianya akan terburai kerana maksiat yang pernah dilakukannya?

Renungilah pula bibir kita seraya bertanya :

1. Apakah ia akan mampu tersenyum gembira di syurga sana atau malah bibir yang lidahnya akan menjulur keluar terpotong-potong kerana banyak mengeluarkan kata-kata keji atau fitnah?

Perhatikan pula tegapnya tubuh kita seraya bertanya :

1. Apakah ia akan berdiri penuh cahaya di syurga sana sehingga layak berdampingan dengan pemilik tubuh yang mulia, iaitu Rasulullah SAW atau tubuh ini malah akan membara, menjadi bahan bakar bersama hangusnya batu-batu dalam kerak Jahannam?

Lihatlah betapa bersihnya kulit kita seraya bertanya :

1. Apakah ia akan menjadi indah bercahaya ataukah akan menjadi hitam legam kerana hangus dijilat lidah api Jahannam?

Mudah-mudahan dengan melihat ke cermin sambil bertafakur ke dalam diri sendiri, kita akan lebih mempunyai kekuatan untuk menjaga diri kita.

Jangan pula meremehkan makhluk ciptaan Allah kerana tidaklah Allah menciptakan makhluk-Nya dengan sia-sia. Semua yang Allah ciptakan penuh dengan ilmu dan hikmah.

Semua yang bergerak, yang terlihat, yang terdengar dan apa sahaja kurniaan Allah Azza wa Jalla adalah wasilah untuk bertafakur jika hati ini boleh merasakannya dengan penuh kasih sayang.

Tersebut dalam sebuah kisah di hari akhirat nanti akan datang seorang hamba ahli ibadah kepada Allah dengan membawa aneka pahala ibadah tetapi Allah malah mengecapnya sebagai ahli neraka, mengapa?

Ini kerana suatu ketika si ahli ibadah ini pernah mengurung seekor kucing sehingga si kucing tidak dapat mencari makanan dan tidak pula diberi makan sampai ia mati kelaparan. Ternyata walaupun ia seorang ahli ibadah, laknat Allah tetap menimpanya kerana tidak menyayangi makhluk lain.

Tapi ada juga kisah sebaliknya, iaitu suatu waktu seorang wanita berlumuran dengan dosa sedang beristirehat di pinggir sebuah oasis yang berair di sebuah lembah padang pasir. Tiba-tiba datanglah seekor anjing yang menjulur-julurkan lidahnya seakan sedang merasakan kehausan yang luar biasa. Melihat kejadian ini, tergeraklah si wanita itu untuk menolongnya. Dibukalah kasutnya untuk dipakai bagi menceduk air. Setelah mendapatkan air, diberikannya kepada anjing yang kehausan tersebut. Subhanallah, dengan izin Allah, terampunlah dosa wanita itu.

Demikianlah, jika hati kita mampu merasakan derita makhluk lain, insyaAllah keinginan untuk berbuat baik akan muncul dengan sendirinya.

Hidupnya hati hanya akan dapat dibuktikan dengan apa yang boleh kita lakukan untuk orang lain dengan ikhlas. Apa ertinya hidup kalau tidak mempunyai manfaat? Padahal hidup di dunia cuma sekali dan itupun hanya singgah sebentar sahaja. Tidak ada salahnya kita terus berfikir dan bekerja keras untuk menghidupkan kasih sayang di dalam hati.

Seseorang yang memiliki rasa kasih sayang di dalam hatinya, maka Allah akan :

1. Mengurniakan kemudahan mencari rezeki baginya

2. Mudah pula dalam menafkahkannya di jalan Allah

3. Mudah dalam mencari ilmu

4. Mudah pula dalam mengajarkannya

5. Mudah dalam melatih kemampuan diri

6. Mudah pula dalam membela orang lain yang teraniaya

Cara lain yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW untuk menumbuhkan rasa kasih sayang adalah bersilaturahim kepada orang-orang yang dilanda kesulitan.

Kunjungilah ke daerah yang terpencil, tengok saudara-saudara kita di rumah sakit atau dengan sentiasa mengingati umat Islam yang sedang teraniaya dan terkena bencana seperti di Irak, Afghanistan, Palestin atau di tempat-tempat lainnya.

Belajarlah terus untuk melihat orang yang keadaannya jauh di bawah kita, insyaAllah hati kita akan menjadi lembut kerana sentiasa mendapat cahaya dari pancaran sinar kasih sayang.

Berhati-hatilah bagi orang yang bergaul hanya dengan orang-orang kaya, orang-orang terkenal atau golongan elit lainnya kerana yang akan muncul dalam hati kita hanyalah rasa kekurangan akan manfaat dunia semata-mata.

Ya Allah, tumbuhkanlah perasaan kasih sayang dalam hati kami kerana hanya dengan kasih sayang, manusia akan mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan jiwa. Jadikanlah kami golongan yang sentiasa berkasih sayang sesama makhlukMu di bumi nescaya kami akan mendapatkan kasih sayangMu di langit.

Ameen Ya Rabbal Alameen

__._,_.___ISMA-Net:Forum Perbincangan Maya Ahli ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia)
No 25-1-1 & 27-1-1, Jalan Medan PB 1A,
Seksyen 9, Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi, Selangor.

Tel : 03-8926-1520
Faks: 03-8926-2520
E-mail: petugas_isma@yahoo.com

Monday, April 19, 2010

impian teragung

..setiap saat..
hati ini membicarakan rasa..
menyemai harapan..
moga ia tumbuh cemerlang..
walau ranjau dan halangan
terus mendatang...

fahamilah sayang...
rencah kehidupan...
kita sentiasa diduga di uji
agar kita mengerti...
tinggi atau rendah..
kukuh atau rapuh
darjat keimanan...

jesteru sayang..
ada pinta yang ingin kuungkapkan..
ada impian ingin terus aku bangunkan..
semoga..
walau apa jua... penghalang dan perintang yang menjengah kita...
kita tetap berdiri bersama..
kita tetap menyakini janjiNYA
"hanya yang terpilih di beri ujian"

ayuh lah sayang...
kita agungkan harapan kita...
pada DIA yang Agung..
jangan kita pinta diringankan ujian..
tapi berdoalah,
beratnya iman tatkala berhadapan ujian..
di setiap hari-hari kita...

ya Allah...
menggapai redhaMU
mendakap bahagia kasihMu
mengengam taqwa dan iman
saat dihujani peritnya dugaan..
itu impian teragung kami
juga..
moga rindu kami..
pada wangian syurgaMU
tidak akan sirna padam..
walau kami di anugerah
pelbagai kenikmatan
di sini....
izinkan syukur kami terus terungkap
bersama manisnya ibadah...

amiin ya rabbal 'alamin

p/s: (bingkisan buat suami tercinta....)