بسم الله الرحمن الرحيم

semoga usaha yang sedikit ini di catat sebagai "1 kebajikan" di sisiNya..insya'ALLAH
SeLaNgkaH ke aLaM peRjuaNgaN, bererti selamanya dalam kepahitan.. biarlah menangis, terluka, kecewa, ditinggalkan kerana ALLAH daripada mati terkambus tanpa mujahadah... tApi, InGaTLah..setiap titisan darah daripada luka.. serta setiap titisan air mata itulah Mahar kita ke SYURGA..bila ditanya, kenapa berjuang itu pahit? jawabnya kerana SYURGA ITU MANIS..
...:mujahadatunnafsi adalah perjuangan yang mesti:...
...:muhasabatunnafsi amalan yang perlu:...
..........SeLaMaT BeRjUaNg............

semoga redha,rahmah kasih sayang jua inayah perlindunganNYA senantiasa menemani hari-hari yang kita lalui..Insya'Allah..
reDha,tabah dan sabarlah berhadapan dengan setiap mehnah ujianNya.. kerana setiap sesuatu ada hikmahnya...
cume kita yang kekadang gagal menghalusinya..

Saturday, May 16, 2009

sajak Guru oh Guru.. selamat Hari Guru!!


GURU OH GURU

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

(Nukilan Allahyarham Sasterawan Negara
Dato' Dr. Usman Awang)

bait2 sajak itu begitu terkesan di jiwa saya sejak di bangku sekolah lagi..

Thursday, May 14, 2009

....:tafsiran semalam:....

Minda terus mentafsir rasa
Bukan hanya sekadar menduga
resah yang menyinggah
mengungkap segala..
mengiyakan tafsiran minda

namun rentetan sejarah semalam..
tidak lagi ingin kuulang
aku bukan lah hamba emosi perasaan
akal waras terus mengungkap tegas.
Tetapi wajaran dari tindakan
Teguhkan tugu iman
Yang masih bersisa baki

Usah dibakul sampahkan
Kerana pengalaman..
Guru yang paling berkesan..
Hari kemudian entah bagaimana gambaran
Tak mampu dibayangkan..

Jangan hanya menyalahkan
Setiap persembahan
Walau kesilapan terserlah terang
Kautlah pengajaran
Dengan jemari iman
Moga tiada keciciran...

Biarlah mereka..
Terus dengan andaian
Itu bukan halangan
Kerana tuhan amat dalam pengetahuan
Minda sedarku optimis berbisik
Walau apa maudu’nya
Walau variasi tariqnya
Natijahnya tetap sama
Kita rasai hari ini...

Dalam kemelut krisis rasa
Aku mencari cebisan redha
Aku mengintai tabir sakinah
Moga untukku temui
Harapan masih ada..
Dan senantiasa ada...

Setiap kisah semalam
Walau tidak lagi ingin ku ungkapkan
Tetapi,
Minda sedarku terus menyimpulkan
Semalam adalah kenangan
Walau pahit untuk dikenang
Untuk di kisahkan
Pada semua...

Monday, May 11, 2009

.....MUHASABAH DIRI:raikan ibu setiap hari...

kenapa hari ahad minggu ke 2 bulan mei? persoalan itu tentunya pernah menerjah di benak pemikiran kita kerana tidak ramai di antara kita yang mengetahui sejarah di sebalik hari ibu..
mungkin kita sedia maklum perayaan hari ibu bagaikan sudah menjadi tradisi masyarakat tidak kira agama pada hari ini. dan kita sendiri terikut-ikut dengan tradisi tersebut walaupun tidak meraikannya seperti mana golongan tertentu yang menyiapkan kek khusus untuk ibu-ibu.

sedikit perkongsian yang saya petik dari sumber yang boleh di percayai,sejarah hari ibu bermula dari peringatan musim semi bagi masyarakat Yunani kuno untuk menghormati Rhea, ibunda para dewa. Setelah itu pada abad ke-16, bangsa Inggris memperingati hari yang mereka sebut “Mothering Sunday”, untuk menghormati para ibu. Pada masa itu, banyak kaum miskin di Inggris bekerja sebagai pelayan dan pembantu rumah tangga bagi orang-orang kaya. Sebagian besar bekerja jauh dari tempat tinggalnya, jadi para pelayan itu tinggal di rumah majikannya. Pada hari Mothering Sunday itu, para pelayan tadi dibenarkan untuk pulang ke rumah masing-masing dan meluangkan waktu bersama ibu mereka. kek khusus khusus yang disebut mothering cake sering disajikan dalam peringatan ini sebagai tanda penghargaan bagi para ibu.

Kemudian, ketika agama Kristian tersebar di seluruh Eropah, peringatan hari ibu berubah dengan menghormati Mother Church, yang dianggap sebagai sumber kehidupan yang melindungi mereka dari kezaliman. Maka, festival di gereja setelah itu bercampur dengan peringatan Mothering Sunday, dan sejak itu masyarakat menghormati ibu mereka sama halnya dengan menghormati gereja.

Peringatan Hari Ibu di Amerika pertama kali diusulkan pada tahun 1872 oleh Julia Ward Howe, penulis lirik lagu “The Battle Hymn of the Republic” yang ditujukan untuk kedamaian. Tiap tahun, Howe mengurus pertemuan Hari Ibu di Boston, Massachusetts. Pada tahun 1907, Ana Jarvis asal Philadelphia, mulai menyarankan agar Hari Ibu diakui secara rasmi. Jarvis berupaya memujuk seorang ibu di gereja di West Virginia untuk memperingati dua tahun kematian ibunya, pada minggu kedua bulan Mei. Tahun berikutnya, Hari Ibu juga diperingati di Philadelphia pada minggu dan bulan yang sama.

Jarvis dan para pendukungnya mulai menulis surat kepada menteri-menteri, pengusaha dan ahli2 politik untuk meminta pengesahan Hari Ibu nasional. Pada tahun 1911, usahanya berhasil dan sejak itu, Hari Ibu diperingati di hampir seluruh negara bagian Amerika. Presiden Woodraw Wilson pada tahun 1914 mengumumkan secara resmi Hari Ibu sebagai hari perayaan nasional yang diperingati setiap minggu kedua bulan Mei.

melihat kepada sejarah hari ibu hati saya terdetik mengapa kita terlalu mengagungkan sejarah barat. mungkin langsung tidak terlintas di dalam pemikiran kita untuk menyambut hari ibu kerana memperingati sejarah2 barat. tetapi kita tetap menyambutnya pada hari yang sama. Alangkah bagusnya jika kita punya alasan optimis tersendiri kenapa kita merainya pada hari yang sama seperti masyarakat barat. tetapi kita tidak punya alasan bukan...?? kita hanya sekadar mengikutnya...apakah terlalu sedikit hari2 yang kita miliki dalam setahun sehinggakan kita juga memilih minggu kedua mei untuk sambutan hari ibu???

ya, ibu adalah insan yang paling banyak berkorban untuk kita. yang perlu kita hargai.. tetapi apakah cukup dengan hanya sekadar satu hari di dalam setahun. kita dibekal dengan panduan quran dan sunnah....Doakan mereka.. itu penghargaan yang tiada ternilai. itu yang setiap ibu inginkan..bukan sebiji kek indah atau hadiah2 hebat yang lain.

raikanlah ibu kita setiap hari dengan doa yang kita titipkan seusai solat2 kita. itu lebih bermakna dari kita hanya mengingati mereka dan mengucapkan selamat hari ibu pada setiap hari ahad minggu kedua bulan mei...

Sunday, May 10, 2009

kami BAHAGIA memiliki WANITA sehebatmu...


SELAMAT HARI IBU..ketika ungkapan itu terluah dari bibir saya lewat petang tadi, saya tidak dapat menahan air jernih yang mulai bertakung memenuhi kelopak mata saya..tubir mata ini terasa panas. Ada tawa di hujung talian seiring dengan ucapan terima kasih. membuatkan saya semakin terasa...rindunya saya pada dia. saya cepat-cepat tinggal pesan, kirim salam kat ayah..! sebelum salam penutup bicara saya lafaz. selepas saya menekan butang merah,menamatkan talian, air mata deras menuruni pipi saat mata saya pejam rapat..dalam waktu yang sebentar itu saya sudah tersendu sendirian.. saya terlalu merindui dia.. terlalu..

dia yang saya rindu. wanita hebat yang kami kenal... yang sentiasa sabar dengan variasi kerenah kami,anak-anaknya..yang sentiasa sabar membelai jiwa dan diri kami.. yang sentiasa peka dengan perubahan kami.. yang sentiasanya cuba memahami kami...yang sentiasa meniupkan semangat dan menitipkan nasihat kepada kami sebagai azimat untuk kami teruskan perjuangan yang saban ketika menuntut pengorbanan ini. yang tidak pernah mengucap kata2 yang mematahkan azam dan harapan kami..

dia yang kami kenal,tidak pernah mengecewakan kami.. bahkan sentiasa cuba menunaikan setiap permintaan kami..meminta agar kami memahami kenapa dan mengapa kami tidak boleh memiliki setiap apa yang kami idamkan.
dia yang tidak pernah menghalang minat dan kecenderungan kami bahkan sering meminta kami berfikir.. menilai baik buruknya sesuatu sebelum keputusan muktamat kami ambil.

dia yang sentiasa bersedia mendengar cerita dan keluhan kami.. yang sentiasa mengingatkan kami jatuh bangunnya rentetan hidup yang perlu kita lalui. roda dunia yang senantiasa berputar akan menjadikan kita tidak selamanya berada di atas. kekadang kita akan merasa peritnya saat roda hidup membuatkan kita terpaksa berada di bawah. yang paling penting ingat ALLAH, syukur atas setiap apa yang di takdirkan buat kita kerana ramai lagi insan lain yang terpaksa berjuang mengharung peritnya badai kehidupan lebih dari yang kita rasai.

dia yang kami kenal, sangat mengambil berat tentang pendidikan kami.dia setia menemani kami mengadap kitab dan nota kala sepi malam menyelubungi malam kerana dia tidak ingin kami kesunyian dan takut pada bunyi cengkerik dan unggas yang berpesta. Bicara yang sering dia ulang menzahirkan kepada kami bahawa dia terlalu ingin kami menjadi insan yang berilmu. kerana katanya, hanya ilmu mengangkat martabat kita.. hanya ilmu pembela dan penyelamat kita dari segala macam tipu helah dunia. dengan ilmu juga kita mengenali Sang Pencipta Segala.

Dia yang kami kenal. terlalu istimewa untuk kami bicarakan dengan kata2..terlalu istimewa untuk kami coretkan dengan pena dan tinta. terlalu istimewa untuk kami ukir dan lakarkan di mana-mana.. hanya satu kata-kata yang mampu kami abadikan.. KAMI TERLALU BANGGA MEMILIKIMU SEBAGAI IBU KAMI.. bahagianya kami menjadi anak-anakmu.

alhamdulillah... terima kasih ALLAH kerana menghadiahkan kepada kami wanita hebat yang kami kenal itu sebagai ibu kami..
"ya ALLAH, Ampunilah segala dosa kedua ibu bapa kami,sayangi dan redhailah mereka ya ALLAH.. berikanlah kebahagiaan kepada mereka di dunia serta di akhirat sana.. Ya ALLAH kami terlalu takut jika kami meyakiti hati mereka ya ALLAH, kerana kami tahu redhaMU kepada kami sangat bergantung kepada redha kedua mereka terhadap kami Ya ALLAH.. kerana itu kami terlalu mengharap agar ENGKAU menjadikan hati2 kami hati2 yang sentiasa patuh pada perintah kedua mereka yang tidak bertentangan dengan perintahMU.. jadikan lah kami anak-anak soleh solehah yang tidak akan pernah melupai setiap jasa keduanya. tidak akan pernah lupa mendoakan mereka walau di mana kami berada...walau apa yang telah kami capai... amin ya Rabbal 'Alamin..