بسم الله الرحمن الرحيم

semoga usaha yang sedikit ini di catat sebagai "1 kebajikan" di sisiNya..insya'ALLAH
SeLaNgkaH ke aLaM peRjuaNgaN, bererti selamanya dalam kepahitan.. biarlah menangis, terluka, kecewa, ditinggalkan kerana ALLAH daripada mati terkambus tanpa mujahadah... tApi, InGaTLah..setiap titisan darah daripada luka.. serta setiap titisan air mata itulah Mahar kita ke SYURGA..bila ditanya, kenapa berjuang itu pahit? jawabnya kerana SYURGA ITU MANIS..
...:mujahadatunnafsi adalah perjuangan yang mesti:...
...:muhasabatunnafsi amalan yang perlu:...
..........SeLaMaT BeRjUaNg............

semoga redha,rahmah kasih sayang jua inayah perlindunganNYA senantiasa menemani hari-hari yang kita lalui..Insya'Allah..
reDha,tabah dan sabarlah berhadapan dengan setiap mehnah ujianNya.. kerana setiap sesuatu ada hikmahnya...
cume kita yang kekadang gagal menghalusinya..

Wednesday, April 07, 2010

setabah hati dia...


hidup ini penuh dengan ujian2.. dan dia tidak pernah terkecuali..mungkin kerana menyedari hakikat itu dia redha dengan takdir menimpa diri..pasrah dengan kemungkinan yang bakal terjadi. walaupun sesekali,hati wanitanya tidak mampu membendung rasa sayu lantas air jernih mengalir jua dari redup matanya...

saya yakin, sedaya mungkin dia cuba menahan rasa itu..
namun dalam hiba itu dia masih mampu mengulang kata.. Allah menguji kerana Dia maha mengetahui kemampuan hambaNya.. walaupun ketika ini peritnya hati tiada siapa mengerti..
saya mengangguk berkali. siapa lah diri ini untuk menggungkap kata nasihat..
kekuatan yang dia miliki lah membuatkan dia masih boleh tersenyum ketika ini. itu yang semakin saya mengerti...

dan saya sendiri tidak pernah tahu ujian yang bagaimanakan nanti akan Allah turunkan untuk menzahirkan pada diri ini kekuatan hati.. dalam senyap mendengar rentetan cerita yang dia atur saya berdoa di dalam hati..ya Allah jangan uji saya dengan ujian yang tidak mampu saya hadap...bukan tidak yakin denagn firmanNya, tetapi tidak yakin dengan kekuatan diri....

segaris senyuman dari wajah redup dia saya amati dalam..cuba untuk mengerti makna di sebalik lukisan wajah itu..sungguh..saya mengagumi dia..

perjalanan hidup yang penuh berliku selama lebih separuh abad di persinggahan dunia ini banyak mendidik hati dia..itu katanya..jika zaman kanak-kanak dan remaja tidak memberikan kenangan terindah buat mengisi sejarah hidup..namun dia tidak pernah kesal..jauh sekali untuk merungut..kerana dia tahu, pengalaman semalam bukan sekadar bekalan untuk diri tetapi panduan untuk generasi.... kerana itu dia tidak pernah lokek berkongsi kisah dia..

saya tidak ingin menulis kisah hidup dia di sini.hanya sekadar mencoret ketabahan hati dia menghadapi perjuangan hidup yang tidak pernah sunyi dari kesulitan..

semakin hebat ujian menimpa diri..semakin hebat ketabahan hati..itu kesimpulan yang saya buat. Dia insan terpilih..bukan calang-calang wanita mampu menghadapi perasaan terkilan andai diri di perlaku begitu..tetapi dia..dia mampu...

dan saya semakin mengerti, perasaan..semakin kita ikut semakin kita terbeban..jiwa tidak akan tenang...selagi kita menolak, menentang ketentuanNYA. redha lah.. pujuk, didik dan bimbing lah hati dengan untaian tasbih iman bukan dengan emosi yang tidak keruan.

akhir sekali, buat dia, insan yang saya kagumi... semoga terus tabah mengharungi hidup ini..jika pengorbanan kita tidak pernah di hargai.. usah melayan terkilannya rasa hati kerana Allah sentiasa ada di sisi...itu janji yang pasti..selagi kita meyakini.