بسم الله الرحمن الرحيم

semoga usaha yang sedikit ini di catat sebagai "1 kebajikan" di sisiNya..insya'ALLAH
SeLaNgkaH ke aLaM peRjuaNgaN, bererti selamanya dalam kepahitan.. biarlah menangis, terluka, kecewa, ditinggalkan kerana ALLAH daripada mati terkambus tanpa mujahadah... tApi, InGaTLah..setiap titisan darah daripada luka.. serta setiap titisan air mata itulah Mahar kita ke SYURGA..bila ditanya, kenapa berjuang itu pahit? jawabnya kerana SYURGA ITU MANIS..
...:mujahadatunnafsi adalah perjuangan yang mesti:...
...:muhasabatunnafsi amalan yang perlu:...
..........SeLaMaT BeRjUaNg............

semoga redha,rahmah kasih sayang jua inayah perlindunganNYA senantiasa menemani hari-hari yang kita lalui..Insya'Allah..
reDha,tabah dan sabarlah berhadapan dengan setiap mehnah ujianNya.. kerana setiap sesuatu ada hikmahnya...
cume kita yang kekadang gagal menghalusinya..

Thursday, January 07, 2010

sahabat

"ya ALLAH...
sahabatku buah hatiku..
mesra kami penawar duka..
rindu kami menambah cinta
rajuk kami membuah ceria

Ya ALLAH..
silaturrahim kami, ukhwahfillah
bermusuh kami, na'uzubillah
berpisah mati, insya ALLAH..
pengubat hati doa rabitah

ya ALLAH,
rahmati kami meniti usia
berpisah kami di alam nyata,
temukan semula di taman syurga..."

bait2 kata2 itu saya peroleh dari seorang sahabat ketika sama2 menuntut di universiti dahulu.
terimbau kenangan bersama teman2 seperjuangan.. perjuangan mencari ilmu..yang sarat dengan aneka rasa...tetapi.. indahnya ketika itu kerana kita punya sahabat2 yang sedia berkongsi segalanya... sanggup bersama saat suka dan duka..saat ketawa dan menangis... benarlah ada yang berkata teman2 di zaman pengajian boleh di panggil sahabat....berbeza apabila kita menempuh alam kerjaya. tuntutan kerja yang mendorong masing2 seolah mementingkan diri sendiri. mungkin...! dan 'semangat sahabat' seakan sukar untuk diwujudkan...(semangat setiakawan mungkin ada la sikit2 kan) he3

Tuesday, January 05, 2010

biarlah cinta mekar seusai ijab dan qabul....

"sudikah awak kahwin dengan saya..."
"sudikah awak jadi isteri saya..."
"kita kahwin?"

saya kira kata2 tersebut sudah cukup menggambarkan keikhlasan hati seorang lelaki.. dan tiada sebab untuk saya menghampakannya... biar apapun yang terdetik di minda rasa dia, saya akur pada gerak hati saya. yang pasti, muktamad yang saya ungkap tidak di pengaruhi oleh sesiapa..apatah lagi bila ayah bonda meminta saya mengikut istikharah hati sendiri...ada doa yang saya panjatkan pada PEMILIK HAKIKI HATI ini... kerana saya takut dan saya tidak ingin hati yang di pinjamkan kepada saya ini luluh kecewa suatu hari nanti...DIA MAHA MENGERTI..BERKUASA ATAS SEMUA HATI..itu yang saya yakini.
lantas dengan rendah hati.. saya tunduk pada takdir, jodoh pertemuan di tangan tuhan. biarlah dia yang terawal dan terakhir andai dia jodoh saya....itu doa yang saya seiringkan dengan persetujuan saya. walaupun teman2 terkejut,tidak percaya bila saya katakan.."ada orang ajak saya kawin..."
"bila masa bercinta..."
"tak cakap pun ada pak we..."
"dulu kata tak ada pak we.."
"oo sembunyi pak we ye..."
"ish2 senyap2 je..tibe2 dah nak kawin...orang lain bercinta bagai nak rak tak kawin2..."

itu kata2 yang saya terima.. pelbagai versi..Di dalam hati, ada soalan terdetik, pelik kah perkahwinan tanpa berpak we-mak we terlebih dahulu.. pelikkah perkahwinan jika hanya dengan satu pertemuan terus terjalin ikatan pertunangan... pelikkah??
tak main laa bercintan-cintun ni...buang karan je..pastu nati buang air mata... kawin terus la kalo dah jumpa orang yang benar2 ikhlas...itu kata2 yang pernah saya ucapkan kepada seorang teman suatu ketika dahulu. dan itu perinsip saya sebenarnya..

dan biarlah akad yang telah selesai.. berwalikan insan yang menyayangi diri ini..bersaksikan saksi2 yang adil serta dengan restu seisi usrah,kami membina mahligai cinta ini.. matlamat utama kami adalah mencari redhaNYA.. kerana saya takut pada cinta yang tidak bersyariat...

Sunday, January 03, 2010

azam oh azam...

tahun baru hijrah dan masihi yang tidak jauh berbeza harinya telah kita lewati... salam tahun baru.. hijrah dan masihi...
semangat tahun baru entah kan ada entah kan tidak.. saya tidak bisa mengungkai rasa dalam diri..namun seperti biasa setiap kali tahun baru tiba(hijrah dan masihi) saya ada azam tersendiri...
walaupun sedar..
azam untuk mengubah yang tidak baik kepada yang baik..azam untuk membaiki yang kurang baik kepada yang lebih baik.. untuk mencari yang terbaik di antara yang baik2... azam2 itu seharusnya bukan hanya muncul sekiranya tiba tahun baru sahaja... tetapi setiap kali hari baru menjengah kita...
azam yang saya cipta tahun2 lalu masih ada yang belum tercapai... itu yang pasti...saya tersenyum sendiri... itu bukan azam agaknya...mungkin angan-angan.... kerana saya hanya mencipta... bukan berusaha untuk mencapainya...(hehe)
tahun baru ini... banyak yang telah berubah... dan saya juga.. berubah...

SALAM 1431H & 2010