بسم الله الرحمن الرحيم

semoga usaha yang sedikit ini di catat sebagai "1 kebajikan" di sisiNya..insya'ALLAH
SeLaNgkaH ke aLaM peRjuaNgaN, bererti selamanya dalam kepahitan.. biarlah menangis, terluka, kecewa, ditinggalkan kerana ALLAH daripada mati terkambus tanpa mujahadah... tApi, InGaTLah..setiap titisan darah daripada luka.. serta setiap titisan air mata itulah Mahar kita ke SYURGA..bila ditanya, kenapa berjuang itu pahit? jawabnya kerana SYURGA ITU MANIS..
...:mujahadatunnafsi adalah perjuangan yang mesti:...
...:muhasabatunnafsi amalan yang perlu:...
..........SeLaMaT BeRjUaNg............

semoga redha,rahmah kasih sayang jua inayah perlindunganNYA senantiasa menemani hari-hari yang kita lalui..Insya'Allah..
reDha,tabah dan sabarlah berhadapan dengan setiap mehnah ujianNya.. kerana setiap sesuatu ada hikmahnya...
cume kita yang kekadang gagal menghalusinya..

Friday, March 13, 2009

carilah persamaan dalam perbezaan..


SERINGKALI..dalam meniti hari2 kita berhadapan dengan kesukaran ketika berurusan dengan orang lain. itu normal kerana setiap kita adalah berbeza.. berbeza pandangan, sikap, penerimaan dan sbagainya...

berbeza bukan bermaksud kita tidak boleh bersatu. bukan kita tidak boleh berdiri seiring. (teringat lak lagu seiring sejalan).he3...
perbezaan itu sebenarnya banyak mengajar kita...menyedarkan kita... tentang banyak perkara.. saya teringat seorang teman ketika zaman persekolahan dulu. saya tidak tahu kenapa saya sering berbeza pendapat dengan dia. masing- masing tidak mahu mengalah mempertahankan pendapat dan kefahaman sendiri.mengaku betul. tetapi yang pelik, kami tidak bermasam muka.. kadang2 bila dia tetap dengan pendapat dia walaupun saya seratus peratus yakin pendapat saya yang betul dan teman2 yang lain semuanya menyokong saya,saya hanya mampu berkata.. "suka hati awak laaa" dan dia tersengih cuma.. dan bila segala-galanya terserlah, saya terus berkata pada dia.. "kan dah kate..."
teman-teman yang yang menggeleng melihat tingkah kami berdua..
yang pasti, kami bukan bergaduh..
ketika dapat result spm, saya ingat lagi dia berkata, mesti zie dapat masuk u.. saya diam je.. sememangnya itu impian saya, tetapi saya terasa sayu.. sedih untuk meninggalkan teman2 seperjuangan..
dan ketika saya saya menolak tawaran ke UITM dan membuat keputusan untuk menduduki STAM bersama mereka, dia pegang tangan saya erat... "boleh lagi la 'bergaduh' ngan zie" bicara dia mengundang tawa saya dan teman yang lain.. "oo ada ati...sape yang selalu menang..?!" soal saya sekadar menguji dia.(sebab saya yang selalu menang)he3.. dia tersengih cuma.. benar2 saya tidak mengerti.
"awak berdua ni tak abis2..." seorang teman menegur.. saya dan dia tersengih,
"nati bila berpisah kami akan saling merindui.. teringat kenangan ni.." saya berkata..
dan dia mengangguk cepat.. "betul laa kan..orang kata camtu laa.."
kita akan lebih mengingati orang yang selalu menyakitkan hati kita daripada yang mengembirakan ati kita.. sambung dia..
x... saya akan lebih ingat orang yang merawat hati saya.. haha.. saya sengaja mengusik die..
saya lihat wajah dia berubah... gurau jer... saya menepuk bahunya.. dia kembali tersengih..
dan kini... segala-galanya telah berlalu.. saya dan dia sememangnya sudah lama tidak bersua.. sesekali sms dikirim.. dan dia tidak seperti teman lain.. dia akan segera membalas sms saya cuma saya yang kekadang terlupa untuk terus membalas sms dia.. saya bukan sengaja.. dan dia begitu mengerti.. "sy faham.. keje mcm zie mmg busy x macam saya ni..keje sndiri je.."
zie bila nak kawin.. soalan wajib setiap kali saya berbalas sms dengan dia..
soalan cepu mas tu zie tak punya jawapan lagi...awak kawin dulu dari saya.. itu jawapan saya selalu..
mungkin dulu.. kami sama2 belum matang untuk menilai makna perbezaan itu.. kerana itu kami masing2 cuba mempertahankan pandangan sendiri walaupun adakalanya kami terpaksa memilih siapa yang menang dan siapa yang kalah..
saya semakin sedar..
perbezaan pendapat itu normal.. sesekali kita perlu mengalah.. bertindak bijak agar tiada hati yang terluka tanpa kita sedar..jangan jadikan perbezaan itu sebagai wadah dan alasan untuk kita mencetuskan bibit2 persengketaan...
dan antara saya dan dia sebenarnya sama.. kami terlalu sayangkan ikatan ukhwah ini.. DEMI ALLAH..DEMI ISLAM..

1 comment: