بسم الله الرحمن الرحيم

semoga usaha yang sedikit ini di catat sebagai "1 kebajikan" di sisiNya..insya'ALLAH
SeLaNgkaH ke aLaM peRjuaNgaN, bererti selamanya dalam kepahitan.. biarlah menangis, terluka, kecewa, ditinggalkan kerana ALLAH daripada mati terkambus tanpa mujahadah... tApi, InGaTLah..setiap titisan darah daripada luka.. serta setiap titisan air mata itulah Mahar kita ke SYURGA..bila ditanya, kenapa berjuang itu pahit? jawabnya kerana SYURGA ITU MANIS..
...:mujahadatunnafsi adalah perjuangan yang mesti:...
...:muhasabatunnafsi amalan yang perlu:...
..........SeLaMaT BeRjUaNg............

semoga redha,rahmah kasih sayang jua inayah perlindunganNYA senantiasa menemani hari-hari yang kita lalui..Insya'Allah..
reDha,tabah dan sabarlah berhadapan dengan setiap mehnah ujianNya.. kerana setiap sesuatu ada hikmahnya...
cume kita yang kekadang gagal menghalusinya..

Tuesday, May 26, 2009

tugasan pendidikan islam minor 0809


Pandangan terhadap objektif yang terkandung di dalam kurikulum Pendidikan Islam sekolah rendah samaada ianya bersesuaian dan mencapai matlamat yang dikehendaki berdasarkan keadaan semasa sekarang ini :

"Sebagaimana yang kita sedia maklum, bidang pendidikan Islam sekolah rendah dibahagikan kepada empat bahagian iaitu, Asuhan Tilawah al Quran, Asas Ulum Syariah, Asas Akhlak Islamiah dan pelajaran Jawi.
Jika kita melihat kepada bidang asuhan tilawah al Quran yang mana menekankan tiga perkara iaitu, membaca, menghafal dan memahami ayat- ayat al quran, kita dapati ianya amat bersesuaian dengan matlamat pendidikan pendidikan islam sekolah rendah iaitu untuk menghasilkan muslim yang berilmu, beriman, berketrampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan al Quran dan al sunnah supaya menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertakwa dan menyumbang ke arah mempertingkatkan tamadun bangsa dan negara. Dalam usaha mencapai matlamat murni tersebut, pendedahan awal sememangnya patut di berikan kepada kanak- kanak. Amal soleh, akhlak serta peribadi mulia bermula dari al Quran sebagaimana yang jawapan Ummul Mukminin Aisyah Radiyallahu anha ketika di tanya tentang akhlak Rasulullah SAW, beliau menjelaskan bahawa akhlak baginda adalah al Quran. Ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa dalam usaha untuk melahirkan generasi yang berperibadi mulia dan berpengetahuan tinggi serta mampu menyumbang kepada negara, agama dan bangsa penekanan kepada pendidikan awal al Quran harus diberikan.
Bidang asas ulum As Syariah yang merangkumi akidah, ibadah dan sirah juga amat bersesuaian dengan keadaan semasa sekarang ini memandangkan kanak-kanak lebih banyak terdedah kepada banyak pengaruh yang tidak sihat melalui media massa yang seiring dengan perkembangan teknologi masa kini. Jesteru itu, kanak-kanak harus diperkenalkan seterusnya diperkukuhkan dengan akidah yang jitu agar mereka mampu berhadapan dengan serangan spiritual yang kian berleluasa. Al syaibani di dalam kitabnya pernah mengemukakan antara tujuan khas pendidikan islam ialah,untuk memperkenalkan generasi muda dengan akidah islam, dasar-dasarnya, usul-usul ibadah dan cara melaksanakannya dengan betul,membiasakan mereka mematuhi akidah islam dan menjalankan serta menghormati syiar-syiar ad din. Di samping itu, ia bertujuan untuk menanam keimanan kepada kepada Allah, malaikat, rasul, kitab dan hari akhirat berdasarkan kefahaman, kesedaran dan kehalusan perasaan. Juga mendidik naluri, motivasi dan keinginan anak-anak membentenginya dengan akidah dan dan nilai-nilai syarak serta membiasakan mereka menahan rangsangan dalaman, mengatur emosi dan membimbingnya dengan baik. Di samping itu juga, murid-murid dibimbing supaya mengambil iktibar dengan sirah Rasulullah s.a.w sebagai asas perkembangan tamadun manusia. bimbingan ini secara tidak langsung mendedahkan murid-murid dengan kehebatan keperibadian Rasulullah SAW dan berusaha mencontohi baginda.

Sementara itu bidang jawi yang menekankan kepada menulis, membaca, dan mempelajari seni tulisan jawi yang pelbagai juga bersesuaian serta mencapai objektif yang di kehendaki. Ini kerana jika kita melihat kepada keadaan semasa pada hari ini, masyarakat mula memberi perhatian semula kepada tulisan jawi yang suatu ketika dahulu pernah diabaikan. Tulisan jawi adalah antara warisan melayu yang perlu dikekalkan kesinambungannya. Pendidikan jawi yang diberikan kepada kanak- kanak sejak di bangku sekolah rendah lagi merupakan antara usaha untuk meningkatkan martabat tulisan jawi dan memastikan ia tidak luput begitu sahaja di telan zaman. Di samping itu usaha memperkenalkan tulisan jawi yang lebih mudah di baca dan di tulis juga amat bertepatan dan wajar dihargai.

Berdasarkan kepada huraian diatas, jelas menunjukkan kepada kita bahawa objektif-objektif yang terkandung dalam setiap bidang kurikulum pendidikan islam sekolah rendah amat bersesuaian dengan keadaan semasa pada hari ini. Dalam usaha mencapai matlamat dan objektif tersebut, semua pihak perlulah memainkan peranan masing-masing terutama sekali guru pendidikan islam sekolah rendah yang mana terlibat secara langsung dalam usaha memberikan pendedahan awal tentang setiap bidang pendidikan islam ini.
Pada keseluruhannya, Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah sudah boleh dikatakan sempurna dan tidak perlu kepada perubahan. Penekanan sebenar adalah terletak kepada cara perlaksanaan. Pihak penggubal seharusnya sentiasa memberikan penerangan dan seminar kepada para pelaksana, iaitu guru-guru agama di sekolah agar mereka dapat melaksanakan dengan lebih berkesan lagi. Kursus-kursus tentang pengolahan sukatan pelajaran dan cara pengajaran yang sebenar perlu diadakan setiap masa untuk memastikan mesej yang ingin disampaikan dalam Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah ini mencapai sasaran sepertimana yang telah ditetapkan"

1 comment:

  1. Sila layari harakahdaily.net mengenai kegigihan seorang guru yang bernama cikgu laila.

    ReplyDelete