بسم الله الرحمن الرحيم

semoga usaha yang sedikit ini di catat sebagai "1 kebajikan" di sisiNya..insya'ALLAH
SeLaNgkaH ke aLaM peRjuaNgaN, bererti selamanya dalam kepahitan.. biarlah menangis, terluka, kecewa, ditinggalkan kerana ALLAH daripada mati terkambus tanpa mujahadah... tApi, InGaTLah..setiap titisan darah daripada luka.. serta setiap titisan air mata itulah Mahar kita ke SYURGA..bila ditanya, kenapa berjuang itu pahit? jawabnya kerana SYURGA ITU MANIS..
...:mujahadatunnafsi adalah perjuangan yang mesti:...
...:muhasabatunnafsi amalan yang perlu:...
..........SeLaMaT BeRjUaNg............

semoga redha,rahmah kasih sayang jua inayah perlindunganNYA senantiasa menemani hari-hari yang kita lalui..Insya'Allah..
reDha,tabah dan sabarlah berhadapan dengan setiap mehnah ujianNya.. kerana setiap sesuatu ada hikmahnya...
cume kita yang kekadang gagal menghalusinya..

Thursday, January 28, 2010

andai dirimu mengerti..sahabat


kenangan bukan seperti bayangan untuk saya usir dan padamkan dari ukiran hati..
persahabatan bukan dibina dengan pepasir untuk saya runtuhkan begitu sahaja.. sekali kita berkawan..selamanya kita tetap kawan..
ikatan ukhwah itu tetap harum mewangi di sanubari selagi kita menghargainya..
bukan hanya sekadar bibir menutur rasa.. tetapi kerana hati mengirim doa.. dan antara kata2 yang di zahirkan dan doa yang ikhlas dari seorang sahabat, pastinya saya memilih doa itu.. kerana saya yakin dan tahu..hanya itu hadiah persahabatan yang mampu saya beri buat insan2 yang pernah hadir sebagai teman, kawan,rakan, taulan dan sahabat dalam hidup ini...
hari ini...bebanan tugas dan komitmen yang perlu saya beri pada banyak perkara menghadkan masa untuk menjejak kasih mereka yang pernah saya kenal... sungguh.. saya bukan hanya sekadar mencipta alasan sifar...
hati ini terhiris luka bila ada yang berkata itu hanya alasan yang saya cipta.. ya ALLAH.. saya menyayangi dia..kerana dia pernah berada di samping saya..pernah menangis bersama saya..pernah mengiringi langkah saya.. pernah berkongsi rasa bersama saya... dan paling utama, kerana dia sahabat saya... bersama mengutip semangat menjejak secebis ilmu ALLAH di alam fana ini... hati ini terasa sebak.. ingin saya teruskan ego yang bercambah saat saya terima kata-kata itu... tetapi saya pasrah, mungkin benar..saya silap..saya berubah kerana status berubah.. (walaupun hakikatnya hati ini menolak pengakuan saya)
andai dirimu mengerti... saya masih seperti dulu...rasa persahabatan masih sama..kerana ukhwah itu sejati... walaupun kini diri ini bergelar suri (dihati suami...he3)
andai dirimu mengerti..kenangan kita tidak pernah padam dan tidak mungkin saya padam..kerana ia adalah kenangan...bukankah kenangan itu bermaksud sentiasa di kenang????

No comments:

Post a Comment