بسم الله الرحمن الرحيم

semoga usaha yang sedikit ini di catat sebagai "1 kebajikan" di sisiNya..insya'ALLAH
SeLaNgkaH ke aLaM peRjuaNgaN, bererti selamanya dalam kepahitan.. biarlah menangis, terluka, kecewa, ditinggalkan kerana ALLAH daripada mati terkambus tanpa mujahadah... tApi, InGaTLah..setiap titisan darah daripada luka.. serta setiap titisan air mata itulah Mahar kita ke SYURGA..bila ditanya, kenapa berjuang itu pahit? jawabnya kerana SYURGA ITU MANIS..
...:mujahadatunnafsi adalah perjuangan yang mesti:...
...:muhasabatunnafsi amalan yang perlu:...
..........SeLaMaT BeRjUaNg............

semoga redha,rahmah kasih sayang jua inayah perlindunganNYA senantiasa menemani hari-hari yang kita lalui..Insya'Allah..
reDha,tabah dan sabarlah berhadapan dengan setiap mehnah ujianNya.. kerana setiap sesuatu ada hikmahnya...
cume kita yang kekadang gagal menghalusinya..

Friday, January 23, 2009


"Jangan menangis..tiap sesuatu ada hikmahnya"
Hari-hari yang berlalu terus mendewasakan kita.. dan saya semakin mengerti erti sebenar hidup ini.. saya sentisa mengingatkan diri..tentang hakikat perjuangan yang sering menuntut berjuta pengorbanan.. saya sedar tuhan menguji bukan kerana Dia ingin mengetahui samada kita tabah ataupun tidak kerana Dia sudah sedia maklum ahwal ummatNYa tetapi Dia mahu menzahirkan kepada kita agar kita bisa menilai diri kita apakah kita termasuk di kalangan hambaNya yang beriman atau kufur.. kerana itu, saya sentiasa cuba untuk tidak menangis..tidak tega membiarkan air mata di bazirkan hanya kerana dugaan kecil yang menjengah diri..tidak sanggup membiarkan air jernih ciptaan Tuhan Yang Maha Agung ini mengalir kerana meratapi nasib diri..tetapi hakikat.. saya tidak sekuat itu.. saya tidak setabah itu..saya cuma mampu berdoa..berharap airmata yang mengalir adalah airmata syukur kerana dalam berbilion ummah saya yang terpilih untuk merasai nikmatnya ujian ini.. saya yakin tiap yang berlaku terselit hikmah yang bukan sedikit.. cuma saya yang kekadang gagal memandang "sesuatu" itu sebagai hikmah..
Bicara yang juga sering bonda ungkapkan itu sentiasa menjadi azimat berharga untuk saya menempuh hari2 saya.. ceriakan hari anda...!! itu yg paling penting!!
if u smile.. the world will smile with you..

1 comment: