بسم الله الرحمن الرحيم

semoga usaha yang sedikit ini di catat sebagai "1 kebajikan" di sisiNya..insya'ALLAH
SeLaNgkaH ke aLaM peRjuaNgaN, bererti selamanya dalam kepahitan.. biarlah menangis, terluka, kecewa, ditinggalkan kerana ALLAH daripada mati terkambus tanpa mujahadah... tApi, InGaTLah..setiap titisan darah daripada luka.. serta setiap titisan air mata itulah Mahar kita ke SYURGA..bila ditanya, kenapa berjuang itu pahit? jawabnya kerana SYURGA ITU MANIS..
...:mujahadatunnafsi adalah perjuangan yang mesti:...
...:muhasabatunnafsi amalan yang perlu:...
..........SeLaMaT BeRjUaNg............

semoga redha,rahmah kasih sayang jua inayah perlindunganNYA senantiasa menemani hari-hari yang kita lalui..Insya'Allah..
reDha,tabah dan sabarlah berhadapan dengan setiap mehnah ujianNya.. kerana setiap sesuatu ada hikmahnya...
cume kita yang kekadang gagal menghalusinya..

Sunday, March 01, 2009

carilah hikmah di dalam setiap ketentuan...

"carilah hikmah dalam setiap ketentuan ALLAH.." itu kata2 yang selalu saya ingatkan kepada diri... sememangnya setiap ketentuan ALLAH, terkandung hikmah yang tersendiri.. yang kadang2 kita tidak bisa menghalusinya.. Dia maha mengetahui..Maha adil.. di dalam setiap kesulitan itu ada kemudahan..di dalam kepayahan itu ada kesenangan.. apa yang penting think positive .... tul x? kalo kurang yakin singkap kembali hari2 semalam dan renunglah dengan mata hati apa yang pernah kita tempuhi selama kita hidup ini... ha, hebat kan perjalanan hidup yang diatur tuhan..??
Dia menguji kita dengan bermacam cara..(hidup ni kan ujian) setiap kita berbeza bentuk ujian tu.. penah tak terfikir kenapa kita diuji dengan ujian yang berbeza-beza...??
" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."
al baqarah:286.

ha.. tu laa sebab dia.. sebab kita mampu la ALLAH uji kita dengan sesuatu ujian.. bentuk dan cara ALLAH menguji kita itu tidak penting.. tetapi apa yang lebih penting ialah cara kita menerima ujian tu.. cara penerimaan itulah yang menjadikan setiap kita berbeza.. ada yang menerima dengan hati yang terbuka..redha..berserah kepada ALLAH semata.. "ALHAMDULILLAH.. dalam berbilion ummah..diriku menjadi insan seleksi...semoga ujian ini sebagai kifarah dosaku..semoga dugaan ini mendekatkan lagi diriku dengan ALLAH..."
dan ada juga yang menyesali..menyalahkan takdir..meratapi nasib diri.."kenapa aku yang diuji begini..kenapa aku..bukan orang lain..."

sekali lagi..PENERIMAAN ITULAH YANG MENJADIKAN KITA BERBEZA...

renung dan hayati la maksud kalamullah ini...:-
"Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta"
Al 'Ankabuut:3

kerana itu, saya mengingatkan..sekali lagi..carilah hikmah di dalam setiap ujian & ketentuan ilahi...kerana dengan cara itu..kita akan menjadi hambaNYA yang tahu bersyukur dan menginsafi diri..INSYA' ALLAH...

No comments:

Post a Comment