بسم الله الرحمن الرحيم

semoga usaha yang sedikit ini di catat sebagai "1 kebajikan" di sisiNya..insya'ALLAH
SeLaNgkaH ke aLaM peRjuaNgaN, bererti selamanya dalam kepahitan.. biarlah menangis, terluka, kecewa, ditinggalkan kerana ALLAH daripada mati terkambus tanpa mujahadah... tApi, InGaTLah..setiap titisan darah daripada luka.. serta setiap titisan air mata itulah Mahar kita ke SYURGA..bila ditanya, kenapa berjuang itu pahit? jawabnya kerana SYURGA ITU MANIS..
...:mujahadatunnafsi adalah perjuangan yang mesti:...
...:muhasabatunnafsi amalan yang perlu:...
..........SeLaMaT BeRjUaNg............

semoga redha,rahmah kasih sayang jua inayah perlindunganNYA senantiasa menemani hari-hari yang kita lalui..Insya'Allah..
reDha,tabah dan sabarlah berhadapan dengan setiap mehnah ujianNya.. kerana setiap sesuatu ada hikmahnya...
cume kita yang kekadang gagal menghalusinya..

Tuesday, April 21, 2009

terminal one and terminal two.


Alahai...Cepat betul masa berlalu. Penat yang terasa seakan belum hilang. Penat berjalan kat KLbookfair..KLCC.. Saya cepat kemas barang..Masukkan dalam beg plastik..Kemudian beg plastik Mister Potato warna hijau besar itu saya angkat. Berat jugak...Sebab ada buku yang saya beli..dah ler penuh..sebab saya masukkan kuma2 yang comel..haha..Nurul bagi.. Ten Q Nurul..Dah basi dah hadiah ni..Tapi tak pe ah..Dapat jugak saya bawak 'dia' balik melaka...he3

Sampai kat stesen komuter Kepong Sentral saya dan Nurul cepat2 gi kat kaunter tiket.Tetapi masa tengah bayar tiket tu komuter sampai..terlepas..lambat sikit jer.. Sulong tersengih.

Komuter seterusnya tiba selepas saya, Nurul dan Sulong hampir penat berdiri mengambil alih tugas guard yang tiada di situ..(he3..Nurul2..hang x bape ikhlas dengan tugas sementara tak rasmi masa tu kan...) Kami kucup tangan sulong sebelum meluru ke pintu komuter yang sedang terbuka itu. Penuh..Terpaksa berdiri. Saya jeling beg Nurul..Macam berat jugak nampak...he2..Tak dapet den nak nolong..

Komuter berhenti di stesen seterusnya. orang-orang yang duduk di kerusi berdekatan kami tidak menunjukkan tanda2 nak turun.
Mesti ramai yang nak turun kat stesen Putra ni...Nurul membuat andaian. Saya angguk.. tiba di stesen putra,saya dan Nurul bertukar senyum.Tiada seorang pun turun.Yang baru naik adalaa.. Kami tarik beg ke tengah, Memberi ruang kepada orang2 yang baru masuk.
Kat KL sentral nati kot ramai yang turun.. Nurul berharap lagi.
Entah2 sume yang kat sini nak turun Seremban..Saya membuat andaian yang tak berapa logik. Nurul tersengih..Tak mungkin ah..Dia berkata.
Saya nampak dia jeling ke tiket di tangan lelaki di hadapan kami.
orang tu memeng nak turun seremban..tiket dia Rawang-Seremban.dia berbisik ke telinga saya.

Akhir nya..Dapat duduk juga.Alhamdulillah.. Perjalanan jauh lagi. Saya dan Nurul asyik merenung gelagat orang2 di hadapan kami. he3..macam2..kan Nurul..??
kami tergelak..Alahai..
'Couple' yang tak tahu malu tu..pastu lelaki india yang duduk sebelah 'couple' tu dan lelaki yang pakai baju Batman.. opss..Superman laa..he3..ape laa tu pun x kenai ke..(nurul mengata i)

Tadi sebelum bertolak saya dah tengok tiket saya dari seremban ke melaka. Kena naik kat terminal 2. Bukan terminal 1 macam biasa. Ada terminal 2 ek?
Saya tanya Nurul.
Ada..baru..
Abis tu camne nih..Tak tau kat mane terminal 2 tu...Jauh tak dari terminal 1?
Jauh..Nurul bercerita tentang kawan dia yang terpaksa naik teksi dari terminal 1 ke terminal 2.
Alahai..Saya resah sendiri..

Sampai di stesen UKM Nurul menyalami tangan saya sambil mengangkat beg dia yang berat..Berat eh?he2..Tinggallah saya seorang menyaksikan gelagat budak 'cauple' yang tak berapa 'matured' tu, lelaki india yang selamba serta lelaki berbaju superman yang busy dengan handphone canggih dia tu...huhu..
Sesekali saya pejam mata..tetapi tak mengantuk pulak. Lambatnye nak sampai..tetapi masa tu saya kembali teringat tiket saya..TERMINAL 2..HUHU..

Tiba di stesen komuter Seremban saya cepat2 turun. Perjalanan saya masih jauh..Saya kena cepat.. Nak cari terminal 2 yang entah di mana. Ketika itu jam yang tertera di skrin telefon bimbit saya menunjukkan pukul 1.36. Saya melangkah laju berjalan dari stesen komuter ke terminal 1.

Sampai di terminal 1 saya tercari-cari kot2 ada signboard ke terminal 2. Tiada.. Saya menuju ke kaunter tiket bas transnasional.
Nak tanya, terminal two kat mana ye?
Terminal two tak ada la dik. terminal dua ada laa. Pak cik di sebelah akak penjaga kaunter buat lawak. Dia tergelak.
Dik, Cepat..Naik bas kat luar tu. Bas ke terminal two. Akak penjaga kaunter menunjukkan gambar bas di atas kaunter itu kepada saya sebelum saya sempat memberikan reaksi kepada lawak pak cik tu..Saya cepat2 angguk sambil ucap terima kasih ketika mata saya memandang tepat merenung gambar yang ditunjuk.
Langkah saya laju lagi walaupun ketika itu terlintas di fikiran saya luar tu kat mana..tetapi dengan penuh yakin saya melangkah. mesti kat luar tu maksud dia kat jalan sana. Luar terminal..Hati saya berbisik.

Dari jauh saya nampak bas sama seperti gambar yang akak tu tunjuk tadi. Bas percuma terminal 1<>terminal 2.Ada tulisan tu besar kat bas.. Saya cepat2 menuju ke arah bas itu. Masuk dan duduk dengan penuh yakin.
Alhamdulillah..
Ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 2.06 petang.
Pukul berapa bas ni nak jalan? Saya tanya budak di sebelah saya.
Tak tahu la kak.. Tiket akak pukul berapa?
2.30..Jawab saya pendek. Kepenatan berjalan masih terasa.
Akak nak balik mana?
Melaka. adik? Saya bertanya dia kembali.
JB.. tiket sata pun 2.30 jugak. Dia memberitahu.

Bas bergerak ke Terminal 2 ketika jam menunjukkan pukul 2.12. Saya cuba membayangkan suasana di Terminal 2.Nurul kata, kawan dia citer Terminal 2 ni baru je bukak..cantik..Ala2 melaka sentral.

Tiba di terminal 2, saya tidak tahu ke mana harus saya tuju.Terminal 2 memang cantik..luas..cuma tak banyak lagi orang jual2 macam kat melaka sentral.Mungkin sebab baru kagi kot. Dalam saya terpikir-pikir ke mana hala tuju tu,saya teringat petua Nurul..ikut orang ramai2.. Saya nampak ramai orang2 yang bawak beg2 besar menuju ke suatu tempat..Apalagi, dengan penuh yakin saya mengikut.
Alhamdulillah petua nurul boleh 'diguna pakai'..Betul...he2
Jumpe jugak tempak naik bas. ramai orang kat situ.
Ada 1 jer bas pelik..orang ramai.. pemandu bas jerit2..melaka2..naik sekarang lambat tinggal..
Aik.. ni baru 2.19.. belum 2.30..saya 'konfius' lagi..
Tiket pukul 2 naik sekarang..pemandu bas tu kata lagi.. macam dengar2 bisikan hati saya..konon..he3

Ok, 7 orang lagi. yang tiket 2.30 boleh naik..7 orang lagi.. seketika kemudian saya dengar pak cik bas jerit camtu pulak..Dan saya ape lagi..Terus la naik..he2 nak cepat kan.. Jadi orang ke6 naik...

Tetapi 1 yang saya pelik,kenapa bas ni bukan bas transnational..SKA..saya confident naik tadi sebab saya nampak orang2 yang naik bas tu pegang tiket macam saya jugak..pastu sebab pakcik tu tak cakap ape2 pun..tak tahu ler dia nampak tak tiket yang saya pegang..he3..tak kan tak nampak kot.. Ah lantak ah..Janji saya boleh sampai..he2.Saya menyedapkan hati sendiri..
Ketika bas mulai bergerak, saya mengirim sms kepada Nurul dan Sulong. I dah naik bas..
Lepas tu saya pejam mata..Saya tidak peduli sape di sebelah saya..Saya penat..Rasa lenguh2 kaki ni..zzzzzzzzzz.....

*nurul n sulong khusyuk merenung pelan lokasi KLbookfair.. Cari booth MOY publication..he2..Sampai x sedar i amik gambar ni...

1 comment: