بسم الله الرحمن الرحيم

semoga usaha yang sedikit ini di catat sebagai "1 kebajikan" di sisiNya..insya'ALLAH
SeLaNgkaH ke aLaM peRjuaNgaN, bererti selamanya dalam kepahitan.. biarlah menangis, terluka, kecewa, ditinggalkan kerana ALLAH daripada mati terkambus tanpa mujahadah... tApi, InGaTLah..setiap titisan darah daripada luka.. serta setiap titisan air mata itulah Mahar kita ke SYURGA..bila ditanya, kenapa berjuang itu pahit? jawabnya kerana SYURGA ITU MANIS..
...:mujahadatunnafsi adalah perjuangan yang mesti:...
...:muhasabatunnafsi amalan yang perlu:...
..........SeLaMaT BeRjUaNg............

semoga redha,rahmah kasih sayang jua inayah perlindunganNYA senantiasa menemani hari-hari yang kita lalui..Insya'Allah..
reDha,tabah dan sabarlah berhadapan dengan setiap mehnah ujianNya.. kerana setiap sesuatu ada hikmahnya...
cume kita yang kekadang gagal menghalusinya..

Monday, April 20, 2009

betapa kita hanya merancang...

"zie dah tahu ke esok kena gi maktab.pukul 3 petang?" sms yang saya terima dari seorang teman membuatkan saya mengeluh perlahan..alamak ai..rosak rancangan.. hati saya berkata..
"betul ke? sms itu saya balas juga. nape laa pihak maktab x bagitau awal2.. tak patut la macam ni.." saya menyuarakan ketidakpuasan hati.. "ye laa..tak bagi surat pulak tu.." teman itu menyokong.
"zie dah beli tiket ke?" dia bertanya...sedia maklum dengan rancangan saya. "dah.. pukul 2.30 esok.huhu..." saya membalasnya. "sian zie.." dia melahirkan simpati.
"xpe la..ubah rancangan.." saya pasrah...
Dan pada sulong juga nurul saya mengirim sms..memaklumkan rancangan yang terpaksa di ubah.. "betul ke..confirmkan dulu.." sulong membalas sms saya..
"betul.. tapi tengok ah.. i bli tiket pagi sabtu laa..." saya memberitahu perancangan saya..
"suka ati laa.. tapi kalo abis awal kat maktab tu..tak nak datang terus ke?" soalan sulong buat saya berfikir lg..
"tengok ah nati.." saya membalas ringkas. takut untuk membuat keputusan.
"komuter sampai pkul 10.."
"nati i takut nak jalan dari terminal 1 ke stesen komuter"
"naik teksi laa.."
"lagi takut..nati laa..tgok dlu abis kul bape.. biasa sebelum pukul 6.."
"ok..ape2 sms ye.."
"ok.."

pagi esoknya,saya tidak senang duduk.. bila masuk kelas.. lupa sekejap.. panggilan telefon dari kak tie membuatkan saya jadi confuse..
"betul ke tak ni.. zie ada dapat surat ke.. sape yang bagitau zie ada interaksi kat maktab tu?"
persoalan dari kak tie membuatkan saya hampir membuat keputusan untuk meneruskan rancangan awal saya.
"betul zie kena gi.. teman baik saya mengirim sms lagi.."
"kalo tak gi x boleh ke..he3.." saya sekadar bertanya..kerana saya sudah sedia maklum risikonya.
"tak boleh.. kena gi.." jawapan yang sememangnya telah saya agak.
huhu...
saya busy betul hari tu..dan pada teman itu saya bertanya,
"ada tak nombor telefon ustazah yang baik tu.. nak tanya dia.. nak confirmkan.."
cepat jari saya mendail nombor yang di beri..
"betul sayang..pukul 3 ye..dewan tun fatimah.." ustazah yang penyayang itu mengiyakan persoalan saya.
aduh.. saya mengeluh lagi..
pada kak tie saya maklumkan.. "memang betul kena gi..confirm.."
"kalo i beli tiket terus gi pudu camne.." saya meminta pandangan sulong.
"tapi hang kena tunggu i kat situ..i takut."
"ok jugak tu..beli tiket terus ke stesen puduraya..i amik kat situ.." dia menyokong.

Di dalam dewan, saya resah.. mitak2 abis awal sikit.. berulang kali ayat itu keluar dari mulut saya. agak2 pkul berapa abis?pada teman2 di sebelah juga saya bertanya.

Alhamdulillah.. lebih kurang 5 suku ucapan penangguhan dari ketua jabatan. saya mengeluh lega.
"zie jadi ke nak g KL?" kak pah bertanya.
"tengok laa ada tak tiket pasni.." dalam hati saya amat berharap tiket pukul 6 ada. "berani zie.." kak pah berkata. saya sekadar tersengih..berani sebab kak long nak jemput kat pudu..he3. kalo tak saya takut..sebab time tu dah malam..gelap..

Saya sampai kat melaka sentral ketika jam hampir ke 5.30. cepat2 saya menuju ke kaunter tiket. Alhamdulillah.. ada lagi..
"bas 2 tingkat..tempat duduk mana2 je dik ye.." akak penjual tiket berkata lembut sambil menghulurkan tiket kepada saya. dan ketika itu juga saya terus membeli tiket seremban-melaka untuk hari ahad nanti.

Dalam bas saya terlena kepenatan..antara orang terawal menyerbu ke perut bas membolehkan saya memilih seat yang dekat dengan pintu...he3.senang nati nak kuar..

Pkul 8 lebih bas tiba di hentian puduraya.. bas berhenti di hadapan citin hotel. saya cepat2 menelefon sulong.. "i dah sampai.. cepat sikit..i takut..depan citin hotel ni.."
"masuk dalam hentian pudu..tunggu dalam tu..OTW ni.. citin hotel tu belah mana?"
huhu.. saya cepat2 jalan..naik jejantas..walaupun saya kurang yakin..tapi sebab orang ramai..saya beranikan diri..betul kot ikut sini..

bila nampak kaunter tiket yang berderet dalam hentian pudu saya menarik nafas lega. saya menekan perut.. alahai.. laparnya.. saya makan nasi masa budak2 tahap 1 rehat kat sekolah tadi. dalam dewan tadi saya curi2 jugak makan roti dengan kak tie...he3..
(kak tie lapar..kata kak tie..dan saya lantas keluarkan roti dalam beg tangan saya..orang lain tak nampak...he3) lapar.. saya mengirim sms pada nurul.. jangan risau dah beli makanan kat hang..dia membalas..he3..

"dah sampai ni.. cepat kuar.. i tunggu kat depan ni.. jalan ikut tempat nak gi LRT.. tapi jangan naik tangga tu..jalan sebelah kanan.." arahan sulong saya ikut. sebelah kanan..ok2... saya melangkah cepat..sambil bibir saya membaca ayatul qursi.. berharap dijauhkan dari orang2 yang berniat jahat..

akhirnya.. Alhamdulillah.. sampai juga.. malam tu lepas makan.. saya mengantuk.. penat..tapi banyak pula cerita yang ingin saya kongsi dengan sulong dan nurul...mengingatkan perjalanan saya hari ini.. ni tak citer lagi perjalanan gi maktab dengan kak akma tengahari tadi... dengan beban yang terpaksa di bawa..huhu.. jual ubat tak laku... itu kata kak akma..ibarat laa..he3.. biarla itu jadi rahsia antara saya dan dia..keh2..jauh tuuu kena jalan kaki...

itulah.. kita tidak dapat menduga apa yang bakal kita lalui.. perancangan itu penting.. tetapi jangan mengeluh jika kita terpaksa mengubah rancangan di saat akhir..(saya banyak mengeluh..astaghfirullah..) kerana Dia lebih mengetahui.Ada sesuatu yang Dia mahu kita mengertikan.. renung dan fahamilah..saya mengingatkan pada diri...

1 comment: