بسم الله الرحمن الرحيم

semoga usaha yang sedikit ini di catat sebagai "1 kebajikan" di sisiNya..insya'ALLAH
SeLaNgkaH ke aLaM peRjuaNgaN, bererti selamanya dalam kepahitan.. biarlah menangis, terluka, kecewa, ditinggalkan kerana ALLAH daripada mati terkambus tanpa mujahadah... tApi, InGaTLah..setiap titisan darah daripada luka.. serta setiap titisan air mata itulah Mahar kita ke SYURGA..bila ditanya, kenapa berjuang itu pahit? jawabnya kerana SYURGA ITU MANIS..
...:mujahadatunnafsi adalah perjuangan yang mesti:...
...:muhasabatunnafsi amalan yang perlu:...
..........SeLaMaT BeRjUaNg............

semoga redha,rahmah kasih sayang jua inayah perlindunganNYA senantiasa menemani hari-hari yang kita lalui..Insya'Allah..
reDha,tabah dan sabarlah berhadapan dengan setiap mehnah ujianNya.. kerana setiap sesuatu ada hikmahnya...
cume kita yang kekadang gagal menghalusinya..

Sunday, May 10, 2009

kami BAHAGIA memiliki WANITA sehebatmu...


SELAMAT HARI IBU..ketika ungkapan itu terluah dari bibir saya lewat petang tadi, saya tidak dapat menahan air jernih yang mulai bertakung memenuhi kelopak mata saya..tubir mata ini terasa panas. Ada tawa di hujung talian seiring dengan ucapan terima kasih. membuatkan saya semakin terasa...rindunya saya pada dia. saya cepat-cepat tinggal pesan, kirim salam kat ayah..! sebelum salam penutup bicara saya lafaz. selepas saya menekan butang merah,menamatkan talian, air mata deras menuruni pipi saat mata saya pejam rapat..dalam waktu yang sebentar itu saya sudah tersendu sendirian.. saya terlalu merindui dia.. terlalu..

dia yang saya rindu. wanita hebat yang kami kenal... yang sentiasa sabar dengan variasi kerenah kami,anak-anaknya..yang sentiasa sabar membelai jiwa dan diri kami.. yang sentiasa peka dengan perubahan kami.. yang sentiasanya cuba memahami kami...yang sentiasa meniupkan semangat dan menitipkan nasihat kepada kami sebagai azimat untuk kami teruskan perjuangan yang saban ketika menuntut pengorbanan ini. yang tidak pernah mengucap kata2 yang mematahkan azam dan harapan kami..

dia yang kami kenal,tidak pernah mengecewakan kami.. bahkan sentiasa cuba menunaikan setiap permintaan kami..meminta agar kami memahami kenapa dan mengapa kami tidak boleh memiliki setiap apa yang kami idamkan.
dia yang tidak pernah menghalang minat dan kecenderungan kami bahkan sering meminta kami berfikir.. menilai baik buruknya sesuatu sebelum keputusan muktamat kami ambil.

dia yang sentiasa bersedia mendengar cerita dan keluhan kami.. yang sentiasa mengingatkan kami jatuh bangunnya rentetan hidup yang perlu kita lalui. roda dunia yang senantiasa berputar akan menjadikan kita tidak selamanya berada di atas. kekadang kita akan merasa peritnya saat roda hidup membuatkan kita terpaksa berada di bawah. yang paling penting ingat ALLAH, syukur atas setiap apa yang di takdirkan buat kita kerana ramai lagi insan lain yang terpaksa berjuang mengharung peritnya badai kehidupan lebih dari yang kita rasai.

dia yang kami kenal, sangat mengambil berat tentang pendidikan kami.dia setia menemani kami mengadap kitab dan nota kala sepi malam menyelubungi malam kerana dia tidak ingin kami kesunyian dan takut pada bunyi cengkerik dan unggas yang berpesta. Bicara yang sering dia ulang menzahirkan kepada kami bahawa dia terlalu ingin kami menjadi insan yang berilmu. kerana katanya, hanya ilmu mengangkat martabat kita.. hanya ilmu pembela dan penyelamat kita dari segala macam tipu helah dunia. dengan ilmu juga kita mengenali Sang Pencipta Segala.

Dia yang kami kenal. terlalu istimewa untuk kami bicarakan dengan kata2..terlalu istimewa untuk kami coretkan dengan pena dan tinta. terlalu istimewa untuk kami ukir dan lakarkan di mana-mana.. hanya satu kata-kata yang mampu kami abadikan.. KAMI TERLALU BANGGA MEMILIKIMU SEBAGAI IBU KAMI.. bahagianya kami menjadi anak-anakmu.

alhamdulillah... terima kasih ALLAH kerana menghadiahkan kepada kami wanita hebat yang kami kenal itu sebagai ibu kami..
"ya ALLAH, Ampunilah segala dosa kedua ibu bapa kami,sayangi dan redhailah mereka ya ALLAH.. berikanlah kebahagiaan kepada mereka di dunia serta di akhirat sana.. Ya ALLAH kami terlalu takut jika kami meyakiti hati mereka ya ALLAH, kerana kami tahu redhaMU kepada kami sangat bergantung kepada redha kedua mereka terhadap kami Ya ALLAH.. kerana itu kami terlalu mengharap agar ENGKAU menjadikan hati2 kami hati2 yang sentiasa patuh pada perintah kedua mereka yang tidak bertentangan dengan perintahMU.. jadikan lah kami anak-anak soleh solehah yang tidak akan pernah melupai setiap jasa keduanya. tidak akan pernah lupa mendoakan mereka walau di mana kami berada...walau apa yang telah kami capai... amin ya Rabbal 'Alamin..

No comments:

Post a Comment