بسم الله الرحمن الرحيم

semoga usaha yang sedikit ini di catat sebagai "1 kebajikan" di sisiNya..insya'ALLAH
SeLaNgkaH ke aLaM peRjuaNgaN, bererti selamanya dalam kepahitan.. biarlah menangis, terluka, kecewa, ditinggalkan kerana ALLAH daripada mati terkambus tanpa mujahadah... tApi, InGaTLah..setiap titisan darah daripada luka.. serta setiap titisan air mata itulah Mahar kita ke SYURGA..bila ditanya, kenapa berjuang itu pahit? jawabnya kerana SYURGA ITU MANIS..
...:mujahadatunnafsi adalah perjuangan yang mesti:...
...:muhasabatunnafsi amalan yang perlu:...
..........SeLaMaT BeRjUaNg............

semoga redha,rahmah kasih sayang jua inayah perlindunganNYA senantiasa menemani hari-hari yang kita lalui..Insya'Allah..
reDha,tabah dan sabarlah berhadapan dengan setiap mehnah ujianNya.. kerana setiap sesuatu ada hikmahnya...
cume kita yang kekadang gagal menghalusinya..

Tuesday, January 05, 2010

biarlah cinta mekar seusai ijab dan qabul....

"sudikah awak kahwin dengan saya..."
"sudikah awak jadi isteri saya..."
"kita kahwin?"

saya kira kata2 tersebut sudah cukup menggambarkan keikhlasan hati seorang lelaki.. dan tiada sebab untuk saya menghampakannya... biar apapun yang terdetik di minda rasa dia, saya akur pada gerak hati saya. yang pasti, muktamad yang saya ungkap tidak di pengaruhi oleh sesiapa..apatah lagi bila ayah bonda meminta saya mengikut istikharah hati sendiri...ada doa yang saya panjatkan pada PEMILIK HAKIKI HATI ini... kerana saya takut dan saya tidak ingin hati yang di pinjamkan kepada saya ini luluh kecewa suatu hari nanti...DIA MAHA MENGERTI..BERKUASA ATAS SEMUA HATI..itu yang saya yakini.
lantas dengan rendah hati.. saya tunduk pada takdir, jodoh pertemuan di tangan tuhan. biarlah dia yang terawal dan terakhir andai dia jodoh saya....itu doa yang saya seiringkan dengan persetujuan saya. walaupun teman2 terkejut,tidak percaya bila saya katakan.."ada orang ajak saya kawin..."
"bila masa bercinta..."
"tak cakap pun ada pak we..."
"dulu kata tak ada pak we.."
"oo sembunyi pak we ye..."
"ish2 senyap2 je..tibe2 dah nak kawin...orang lain bercinta bagai nak rak tak kawin2..."

itu kata2 yang saya terima.. pelbagai versi..Di dalam hati, ada soalan terdetik, pelik kah perkahwinan tanpa berpak we-mak we terlebih dahulu.. pelikkah perkahwinan jika hanya dengan satu pertemuan terus terjalin ikatan pertunangan... pelikkah??
tak main laa bercintan-cintun ni...buang karan je..pastu nati buang air mata... kawin terus la kalo dah jumpa orang yang benar2 ikhlas...itu kata2 yang pernah saya ucapkan kepada seorang teman suatu ketika dahulu. dan itu perinsip saya sebenarnya..

dan biarlah akad yang telah selesai.. berwalikan insan yang menyayangi diri ini..bersaksikan saksi2 yang adil serta dengan restu seisi usrah,kami membina mahligai cinta ini.. matlamat utama kami adalah mencari redhaNYA.. kerana saya takut pada cinta yang tidak bersyariat...

1 comment:

  1. TAHNIAH ....YOU ARE THE BEST GURL IN THE WORLD .. XPYAH CINTAN CINTUN NI HEHEE .. SEMOGA BAHAGIA.

    ReplyDelete