بسم الله الرحمن الرحيم

semoga usaha yang sedikit ini di catat sebagai "1 kebajikan" di sisiNya..insya'ALLAH
SeLaNgkaH ke aLaM peRjuaNgaN, bererti selamanya dalam kepahitan.. biarlah menangis, terluka, kecewa, ditinggalkan kerana ALLAH daripada mati terkambus tanpa mujahadah... tApi, InGaTLah..setiap titisan darah daripada luka.. serta setiap titisan air mata itulah Mahar kita ke SYURGA..bila ditanya, kenapa berjuang itu pahit? jawabnya kerana SYURGA ITU MANIS..
...:mujahadatunnafsi adalah perjuangan yang mesti:...
...:muhasabatunnafsi amalan yang perlu:...
..........SeLaMaT BeRjUaNg............

semoga redha,rahmah kasih sayang jua inayah perlindunganNYA senantiasa menemani hari-hari yang kita lalui..Insya'Allah..
reDha,tabah dan sabarlah berhadapan dengan setiap mehnah ujianNya.. kerana setiap sesuatu ada hikmahnya...
cume kita yang kekadang gagal menghalusinya..

Thursday, March 22, 2012

rindu...

rasanya sudah terlalu lama saya meninggalkan blog ini tanpa jejak.. rindu untuk mencoretkan kata2 disini sentiasa ada dalam diri... tapi kesibukan hari saya membuatkan saya tidak dapat menunaikan rasa itu....

Monday, August 09, 2010

Salam Ramadhan 1431- "Marhaban Ya Ramadhan".

Tirai syaaban bakal berlabuh..dan Ramadhan pula mengambil giliran..begitulah putaran masa yang diaturNya. dalam kekalutan menghitung hari, tanpa sedar, kita bertuah kerana diberi peluang oleh Allah untuk kita mengutip lagi untaian fadhilat bulan yang penuh keberkatan ini. dan seharusnya, kehadiran Ramadhan kita sambut dengan penuh kesyukuran sebagaimana Rasulullah bergembira setiap kali tiba bulan Ramadhan, (bulan yang Permulaannya adalah rahmat, pertengahannya adalah pengampunan, pengakhirannya adalah pembebasan api neraka...)
kegembiraan itu disampaikan pula kepada sahabat2 baginda sambil bersabda :

"Sungguh,telah datang kepadamu bulan Ramdhan, bulan yg penuh keberkatan. Allah memfardukan atas kamu berpuasa. Di dalam bulan Ramdhan dibuka segala pintu syurga dan dikunci segala pintu neraka dan dibelenggu seluruh syaitan. Padanya ada suatu malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Barang siapa tidak diberikan kepadanya kebaikan malam itu, maka sesungguhnya dia telah dijauhkan dari kebajikan."
(Riwayat Ahmad)


Ahlan ya ramadhan!

Semangat untuk menghidupkan Ramadhan dengan ibadah lain selain dari berpuasa pastinya terasa berkobar dalam diri kita, cuma kekadang nafsu yang telah bertahun mendiami di dalam diri terasa begitu sukar untuk ditarbiah. dan sering kali semangat itu luntur begitu sahaja bersama hari-hari ramadhan yang ditinggalkan.

Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada kami untuk meraih sebanyak mungkin kelebihan-kelebihan yang Engkau janjikan di bulan yang mulia ini.teguhkanlah hati-hati kami agar istiqamah dalam melaksanakan kebaikan serta jadikanlan Ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan-ramadhan yang pernah kami lalui sebelum ini. Ya Allah,redhailah kehidupan kami dan terimalah segala amalan kami. Ya Allah, kami terlalu takut jika ibadah kami tertolak disisiMu lantaran nafsu yang belum berjaya kami didik, riak yang mungkin tersembunyi tanpa kami sedari serta dosa silam yang masih belum terampun lantaran nasuha yang sering kami mungkiri.... ampunilah kami Ya Allah... Amin ya rabbal 'Alamin...

Sunday, May 23, 2010

bisikkan ketabahan dalam harapan



andai kesusahan menjengah perjalanan..
bisikkanlah harapan..
yang padanya ada janji..
janji pada dirimu..
janji yang akan membuatkan hatimu tenang..

bentengkan dirimu dengan harapan
agar engkau tidak pernah berputus asa..
kesusahan itu..
akan berlalu..
pasti..

hijabkan rasa hatimu..
saat berhadapan dengan kesusahan itu..
dari pendengaran teman-temanmu..
kerana tidak semua di kalangan mereka
yang akan menyelami perasaanmu..
kerana ada di antara mereka,
yang tertawa bahagia dengan kesusahanmu..

kesusahan... keresahan...
hanyalah tetamu yang singgah sementara
sebagaimana kesenangan..
yang hanya musafir ke halaman hati kita..
tidak akan selamanya menghiasi..
persis kuntuman mawar
yang mekar dan gugurnya silih berganti..

duhai hati..
mengertilah hakikat hidup ini..
harapan jangan pernah runtuh..
walau disaat hati luluh..
dengan keresahan yang hadirnya..
tidak pernah mengenal erti lelah..

Wednesday, April 21, 2010

Assalamualaikum,

Maha Suci Allah, Zat yang mengurniakan kasih sayang kepada makhluk-makhluk- Nya.

Tidaklah kasih sayang melekat pada diri seseorang kecuali ianya akan memperindahkan orang tersebut dan tidaklah kasih sayang terlepas dari diri seseorang kecuali ianya akan memperburukkan dan menghinakan orang tersebut.

Kenapa begitu?

Jikalau kemampuan kita untuk menyayangi orang lain tercabut, maka itulah asal dari segala bencana kerana kasih sayang Allah hanya akan diberikan kepada orang-orang yang hatinya masih memiliki kasih sayang.

Oleh kerana itu, tidak boleh tidak, kita mesti berjuang dengan sekuat tenaga agar hati nurani kita hidup. Kita boleh mengasahnya dengan merasa terharu dengan kisah-kisah orang yang rela meluangkan waktu untuk memperhatikan orang lain.

Kita dengar bagaimana ada orang yang rela bersusah-payah membacakan buku, suratkhabar atau juga surat kepada orang-orang yang cacat penglihatan sehingga mereka dapat belajar, dapat informasi dan boleh mendapatkan ilmu yang lebih luas.

Rasulullah SAW bersabda, "Allah mempunyai seratus rahmat (kasih sayang), dan menurunkan satu rahmat kepada jin, manusia, binatang dan haiwan melata. Dengan rahmat itu mereka saling berbalas-kasih dan berkasih sayang, dan dengannya pula binatang-binatang buas menyayangi anak-anaknya. Dan Ia menangguhkan 99 bahagian rahmat itu sebagai kasih sayang-Nya pada hari kiamat nanti". (HR Muslim)

Dari hadits ini jelas bahwa walaupun hanya satu rahmat-Nya yang diturunkan ke bumi, namun kesannya bagi seluruh makhluk sungguh luar biasa dahsyatnya.

Oleh kerana itu, sudah semestinya jika kita merindukan kasih sayang, perhatian dan perlindungan Allah SWT, tanyakanlah kembali pada diri kita, sampai sejauhmanakah kita menghidupkan hati kita untuk berkasih sayang dengan makhluk lain.

Kasih sayang boleh diibaratkan sebagai pancaran sinar matahari di pagi hari. Dari dahulu sampai sekarang ia terus-menerus memancarkan sinarnya dan ia tidak mengharapkan sedikit pun cahaya yang telah terpancar tadi untuk kembali kepada dirinya.

Sepatutnya seperti itulah sumber kasih sayang di hati kita, ia benar-benar melimpah terus dan tidak pernah habis.

Untuk memunculkan kepekaan dalam menyayangi orang lain, kita boleh memulakannya dengan menyayangi diri sendiri terlebih dahulu.

Mulailah dengan menghadapkan tubuh ini ke cermin seraya bertanya:

1. Apakah wajah indah ini akan bercahaya di akhirat nanti?

2. Apakah wajah ini akan hangus terbakar oleh nyalaan api Jahannam?

Tatapilah hitamnya mata kita seraya bertanya :

1. Apakah mata ini, mata yang boleh menatap Allah, menatap Rasulullah SAW, menatap para kekasih Allah di syurga kelak atau malah ianya akan terburai kerana maksiat yang pernah dilakukannya?

Renungilah pula bibir kita seraya bertanya :

1. Apakah ia akan mampu tersenyum gembira di syurga sana atau malah bibir yang lidahnya akan menjulur keluar terpotong-potong kerana banyak mengeluarkan kata-kata keji atau fitnah?

Perhatikan pula tegapnya tubuh kita seraya bertanya :

1. Apakah ia akan berdiri penuh cahaya di syurga sana sehingga layak berdampingan dengan pemilik tubuh yang mulia, iaitu Rasulullah SAW atau tubuh ini malah akan membara, menjadi bahan bakar bersama hangusnya batu-batu dalam kerak Jahannam?

Lihatlah betapa bersihnya kulit kita seraya bertanya :

1. Apakah ia akan menjadi indah bercahaya ataukah akan menjadi hitam legam kerana hangus dijilat lidah api Jahannam?

Mudah-mudahan dengan melihat ke cermin sambil bertafakur ke dalam diri sendiri, kita akan lebih mempunyai kekuatan untuk menjaga diri kita.

Jangan pula meremehkan makhluk ciptaan Allah kerana tidaklah Allah menciptakan makhluk-Nya dengan sia-sia. Semua yang Allah ciptakan penuh dengan ilmu dan hikmah.

Semua yang bergerak, yang terlihat, yang terdengar dan apa sahaja kurniaan Allah Azza wa Jalla adalah wasilah untuk bertafakur jika hati ini boleh merasakannya dengan penuh kasih sayang.

Tersebut dalam sebuah kisah di hari akhirat nanti akan datang seorang hamba ahli ibadah kepada Allah dengan membawa aneka pahala ibadah tetapi Allah malah mengecapnya sebagai ahli neraka, mengapa?

Ini kerana suatu ketika si ahli ibadah ini pernah mengurung seekor kucing sehingga si kucing tidak dapat mencari makanan dan tidak pula diberi makan sampai ia mati kelaparan. Ternyata walaupun ia seorang ahli ibadah, laknat Allah tetap menimpanya kerana tidak menyayangi makhluk lain.

Tapi ada juga kisah sebaliknya, iaitu suatu waktu seorang wanita berlumuran dengan dosa sedang beristirehat di pinggir sebuah oasis yang berair di sebuah lembah padang pasir. Tiba-tiba datanglah seekor anjing yang menjulur-julurkan lidahnya seakan sedang merasakan kehausan yang luar biasa. Melihat kejadian ini, tergeraklah si wanita itu untuk menolongnya. Dibukalah kasutnya untuk dipakai bagi menceduk air. Setelah mendapatkan air, diberikannya kepada anjing yang kehausan tersebut. Subhanallah, dengan izin Allah, terampunlah dosa wanita itu.

Demikianlah, jika hati kita mampu merasakan derita makhluk lain, insyaAllah keinginan untuk berbuat baik akan muncul dengan sendirinya.

Hidupnya hati hanya akan dapat dibuktikan dengan apa yang boleh kita lakukan untuk orang lain dengan ikhlas. Apa ertinya hidup kalau tidak mempunyai manfaat? Padahal hidup di dunia cuma sekali dan itupun hanya singgah sebentar sahaja. Tidak ada salahnya kita terus berfikir dan bekerja keras untuk menghidupkan kasih sayang di dalam hati.

Seseorang yang memiliki rasa kasih sayang di dalam hatinya, maka Allah akan :

1. Mengurniakan kemudahan mencari rezeki baginya

2. Mudah pula dalam menafkahkannya di jalan Allah

3. Mudah dalam mencari ilmu

4. Mudah pula dalam mengajarkannya

5. Mudah dalam melatih kemampuan diri

6. Mudah pula dalam membela orang lain yang teraniaya

Cara lain yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW untuk menumbuhkan rasa kasih sayang adalah bersilaturahim kepada orang-orang yang dilanda kesulitan.

Kunjungilah ke daerah yang terpencil, tengok saudara-saudara kita di rumah sakit atau dengan sentiasa mengingati umat Islam yang sedang teraniaya dan terkena bencana seperti di Irak, Afghanistan, Palestin atau di tempat-tempat lainnya.

Belajarlah terus untuk melihat orang yang keadaannya jauh di bawah kita, insyaAllah hati kita akan menjadi lembut kerana sentiasa mendapat cahaya dari pancaran sinar kasih sayang.

Berhati-hatilah bagi orang yang bergaul hanya dengan orang-orang kaya, orang-orang terkenal atau golongan elit lainnya kerana yang akan muncul dalam hati kita hanyalah rasa kekurangan akan manfaat dunia semata-mata.

Ya Allah, tumbuhkanlah perasaan kasih sayang dalam hati kami kerana hanya dengan kasih sayang, manusia akan mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan jiwa. Jadikanlah kami golongan yang sentiasa berkasih sayang sesama makhlukMu di bumi nescaya kami akan mendapatkan kasih sayangMu di langit.

Ameen Ya Rabbal Alameen

__._,_.___ISMA-Net:Forum Perbincangan Maya Ahli ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia)
No 25-1-1 & 27-1-1, Jalan Medan PB 1A,
Seksyen 9, Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi, Selangor.

Tel : 03-8926-1520
Faks: 03-8926-2520
E-mail: petugas_isma@yahoo.com

Monday, April 19, 2010

impian teragung

..setiap saat..
hati ini membicarakan rasa..
menyemai harapan..
moga ia tumbuh cemerlang..
walau ranjau dan halangan
terus mendatang...

fahamilah sayang...
rencah kehidupan...
kita sentiasa diduga di uji
agar kita mengerti...
tinggi atau rendah..
kukuh atau rapuh
darjat keimanan...

jesteru sayang..
ada pinta yang ingin kuungkapkan..
ada impian ingin terus aku bangunkan..
semoga..
walau apa jua... penghalang dan perintang yang menjengah kita...
kita tetap berdiri bersama..
kita tetap menyakini janjiNYA
"hanya yang terpilih di beri ujian"

ayuh lah sayang...
kita agungkan harapan kita...
pada DIA yang Agung..
jangan kita pinta diringankan ujian..
tapi berdoalah,
beratnya iman tatkala berhadapan ujian..
di setiap hari-hari kita...

ya Allah...
menggapai redhaMU
mendakap bahagia kasihMu
mengengam taqwa dan iman
saat dihujani peritnya dugaan..
itu impian teragung kami
juga..
moga rindu kami..
pada wangian syurgaMU
tidak akan sirna padam..
walau kami di anugerah
pelbagai kenikmatan
di sini....
izinkan syukur kami terus terungkap
bersama manisnya ibadah...

amiin ya rabbal 'alamin

p/s: (bingkisan buat suami tercinta....)

Wednesday, April 07, 2010

setabah hati dia...


hidup ini penuh dengan ujian2.. dan dia tidak pernah terkecuali..mungkin kerana menyedari hakikat itu dia redha dengan takdir menimpa diri..pasrah dengan kemungkinan yang bakal terjadi. walaupun sesekali,hati wanitanya tidak mampu membendung rasa sayu lantas air jernih mengalir jua dari redup matanya...

saya yakin, sedaya mungkin dia cuba menahan rasa itu..
namun dalam hiba itu dia masih mampu mengulang kata.. Allah menguji kerana Dia maha mengetahui kemampuan hambaNya.. walaupun ketika ini peritnya hati tiada siapa mengerti..
saya mengangguk berkali. siapa lah diri ini untuk menggungkap kata nasihat..
kekuatan yang dia miliki lah membuatkan dia masih boleh tersenyum ketika ini. itu yang semakin saya mengerti...

dan saya sendiri tidak pernah tahu ujian yang bagaimanakan nanti akan Allah turunkan untuk menzahirkan pada diri ini kekuatan hati.. dalam senyap mendengar rentetan cerita yang dia atur saya berdoa di dalam hati..ya Allah jangan uji saya dengan ujian yang tidak mampu saya hadap...bukan tidak yakin denagn firmanNya, tetapi tidak yakin dengan kekuatan diri....

segaris senyuman dari wajah redup dia saya amati dalam..cuba untuk mengerti makna di sebalik lukisan wajah itu..sungguh..saya mengagumi dia..

perjalanan hidup yang penuh berliku selama lebih separuh abad di persinggahan dunia ini banyak mendidik hati dia..itu katanya..jika zaman kanak-kanak dan remaja tidak memberikan kenangan terindah buat mengisi sejarah hidup..namun dia tidak pernah kesal..jauh sekali untuk merungut..kerana dia tahu, pengalaman semalam bukan sekadar bekalan untuk diri tetapi panduan untuk generasi.... kerana itu dia tidak pernah lokek berkongsi kisah dia..

saya tidak ingin menulis kisah hidup dia di sini.hanya sekadar mencoret ketabahan hati dia menghadapi perjuangan hidup yang tidak pernah sunyi dari kesulitan..

semakin hebat ujian menimpa diri..semakin hebat ketabahan hati..itu kesimpulan yang saya buat. Dia insan terpilih..bukan calang-calang wanita mampu menghadapi perasaan terkilan andai diri di perlaku begitu..tetapi dia..dia mampu...

dan saya semakin mengerti, perasaan..semakin kita ikut semakin kita terbeban..jiwa tidak akan tenang...selagi kita menolak, menentang ketentuanNYA. redha lah.. pujuk, didik dan bimbing lah hati dengan untaian tasbih iman bukan dengan emosi yang tidak keruan.

akhir sekali, buat dia, insan yang saya kagumi... semoga terus tabah mengharungi hidup ini..jika pengorbanan kita tidak pernah di hargai.. usah melayan terkilannya rasa hati kerana Allah sentiasa ada di sisi...itu janji yang pasti..selagi kita meyakini.

Tuesday, February 23, 2010

cinta oh cinta

cinta itu indah...sehinggakan tiada tara rasa untuk menggungkapnya dengan kata-kata yang terzahir dari bibir setiap kita...
itu yang saya pasti..
namun... hati tidak pernah memungkiri..betapa cinta pada ilahi perlu mengatasi segala daurah rasa kita pada selainNya...
cinta itu indah...membahagiakan...
namun...orang selalu berkata..dalam cinta ada seribu rasa... rasa bahagia dan juga ada sebaliknya...terseksa..(cinta pada YANG ESA sahaja selalu ada rasa bahagia..)
bila cinta itu bahagia?
andai kita mencintai kerana ALLAH
andai kita jadi pencinta setia...mencintai walaupun tidak dicintai....
andai kita menerima seadanya...
selagi kita meyakini dan mempercayai cinta itu..

bila cinta itu tersiksa...?
jika kita mencintai kerana mengharap selain dari redha NYA
andai kita mengharap lebih dari yang kita beri
andai kita sentiasa sangsi..

beri lah cinta dahulu sebelum kita menerimanya... cintailah..sebelum kita mengharap di cintai...

Sunday, February 07, 2010

...saya yang boring....


alahai...
hari minggu memang saya tunggu2..nanti2..
nak rehat... macam2 keje lg yang belum settle...
tapi bila hari minggu... malasnya nak siapkan kerja2 yang tertangguh... lirik nasyid sekolah yang diorang suh saya karang baru semalam saya siapkan... tu pun sb saya dah janji hari besok nak tunjukkan kat diorang...huhu... idea asyik xde jer... so hentam jer laaa... harap2 diterima laaa...
hari ni.. dari lepas subuh tadi lagi saya on internet... baca berita2 online..baca blog2 entah sape2 sume saya main klik je kat link yg ada kat blog kegemaran saya.. yang saya follow...

abang pom busy... nurul x angkat2 sy call.. nasib baik laptop ni ada.. walaupun asyik hang jer.. buat sy berdebar2 tiap kali skrin dia gelap dan kosong... huhu..sabo jer laaa...

lepas baca blog..sy bukak microsoft office publisher... try wat macam... nak wat invitation card.. tapi yg jadi macam kat atas tu... bukan silap buat.. tapi tetiba mood tu beralih ke situ.. he2..ade ker mcam tu kan... mesti nurul perli kalo dia tengok ni... nak tunjuk kat abang..tp tersilap send kat phone lain... kih3..

Thursday, January 28, 2010

andai dirimu mengerti..sahabat


kenangan bukan seperti bayangan untuk saya usir dan padamkan dari ukiran hati..
persahabatan bukan dibina dengan pepasir untuk saya runtuhkan begitu sahaja.. sekali kita berkawan..selamanya kita tetap kawan..
ikatan ukhwah itu tetap harum mewangi di sanubari selagi kita menghargainya..
bukan hanya sekadar bibir menutur rasa.. tetapi kerana hati mengirim doa.. dan antara kata2 yang di zahirkan dan doa yang ikhlas dari seorang sahabat, pastinya saya memilih doa itu.. kerana saya yakin dan tahu..hanya itu hadiah persahabatan yang mampu saya beri buat insan2 yang pernah hadir sebagai teman, kawan,rakan, taulan dan sahabat dalam hidup ini...
hari ini...bebanan tugas dan komitmen yang perlu saya beri pada banyak perkara menghadkan masa untuk menjejak kasih mereka yang pernah saya kenal... sungguh.. saya bukan hanya sekadar mencipta alasan sifar...
hati ini terhiris luka bila ada yang berkata itu hanya alasan yang saya cipta.. ya ALLAH.. saya menyayangi dia..kerana dia pernah berada di samping saya..pernah menangis bersama saya..pernah mengiringi langkah saya.. pernah berkongsi rasa bersama saya... dan paling utama, kerana dia sahabat saya... bersama mengutip semangat menjejak secebis ilmu ALLAH di alam fana ini... hati ini terasa sebak.. ingin saya teruskan ego yang bercambah saat saya terima kata-kata itu... tetapi saya pasrah, mungkin benar..saya silap..saya berubah kerana status berubah.. (walaupun hakikatnya hati ini menolak pengakuan saya)
andai dirimu mengerti... saya masih seperti dulu...rasa persahabatan masih sama..kerana ukhwah itu sejati... walaupun kini diri ini bergelar suri (dihati suami...he3)
andai dirimu mengerti..kenangan kita tidak pernah padam dan tidak mungkin saya padam..kerana ia adalah kenangan...bukankah kenangan itu bermaksud sentiasa di kenang????

Tuesday, January 19, 2010

keBETULan kah?

renungkan lah....
27 november 2009- aidil adha= hari jumaat
18 disember 2009 -tahun baru hijriah= hari jumaat
25 disember 2009- hari natal= hari jumaat
1 januari 2010- tahun baru= hari jumaat
26 februari 2010- maulidurrasul= hari jumaat
28 jun 2010- hari wesak= hari jumaat
hari raya aidilfitri= hari jumaat
KIAMAT=hari jumaat( tarikh nya tidak kita ketahui)

Thursday, January 07, 2010

sahabat

"ya ALLAH...
sahabatku buah hatiku..
mesra kami penawar duka..
rindu kami menambah cinta
rajuk kami membuah ceria

Ya ALLAH..
silaturrahim kami, ukhwahfillah
bermusuh kami, na'uzubillah
berpisah mati, insya ALLAH..
pengubat hati doa rabitah

ya ALLAH,
rahmati kami meniti usia
berpisah kami di alam nyata,
temukan semula di taman syurga..."

bait2 kata2 itu saya peroleh dari seorang sahabat ketika sama2 menuntut di universiti dahulu.
terimbau kenangan bersama teman2 seperjuangan.. perjuangan mencari ilmu..yang sarat dengan aneka rasa...tetapi.. indahnya ketika itu kerana kita punya sahabat2 yang sedia berkongsi segalanya... sanggup bersama saat suka dan duka..saat ketawa dan menangis... benarlah ada yang berkata teman2 di zaman pengajian boleh di panggil sahabat....berbeza apabila kita menempuh alam kerjaya. tuntutan kerja yang mendorong masing2 seolah mementingkan diri sendiri. mungkin...! dan 'semangat sahabat' seakan sukar untuk diwujudkan...(semangat setiakawan mungkin ada la sikit2 kan) he3

Tuesday, January 05, 2010

biarlah cinta mekar seusai ijab dan qabul....

"sudikah awak kahwin dengan saya..."
"sudikah awak jadi isteri saya..."
"kita kahwin?"

saya kira kata2 tersebut sudah cukup menggambarkan keikhlasan hati seorang lelaki.. dan tiada sebab untuk saya menghampakannya... biar apapun yang terdetik di minda rasa dia, saya akur pada gerak hati saya. yang pasti, muktamad yang saya ungkap tidak di pengaruhi oleh sesiapa..apatah lagi bila ayah bonda meminta saya mengikut istikharah hati sendiri...ada doa yang saya panjatkan pada PEMILIK HAKIKI HATI ini... kerana saya takut dan saya tidak ingin hati yang di pinjamkan kepada saya ini luluh kecewa suatu hari nanti...DIA MAHA MENGERTI..BERKUASA ATAS SEMUA HATI..itu yang saya yakini.
lantas dengan rendah hati.. saya tunduk pada takdir, jodoh pertemuan di tangan tuhan. biarlah dia yang terawal dan terakhir andai dia jodoh saya....itu doa yang saya seiringkan dengan persetujuan saya. walaupun teman2 terkejut,tidak percaya bila saya katakan.."ada orang ajak saya kawin..."
"bila masa bercinta..."
"tak cakap pun ada pak we..."
"dulu kata tak ada pak we.."
"oo sembunyi pak we ye..."
"ish2 senyap2 je..tibe2 dah nak kawin...orang lain bercinta bagai nak rak tak kawin2..."

itu kata2 yang saya terima.. pelbagai versi..Di dalam hati, ada soalan terdetik, pelik kah perkahwinan tanpa berpak we-mak we terlebih dahulu.. pelikkah perkahwinan jika hanya dengan satu pertemuan terus terjalin ikatan pertunangan... pelikkah??
tak main laa bercintan-cintun ni...buang karan je..pastu nati buang air mata... kawin terus la kalo dah jumpa orang yang benar2 ikhlas...itu kata2 yang pernah saya ucapkan kepada seorang teman suatu ketika dahulu. dan itu perinsip saya sebenarnya..

dan biarlah akad yang telah selesai.. berwalikan insan yang menyayangi diri ini..bersaksikan saksi2 yang adil serta dengan restu seisi usrah,kami membina mahligai cinta ini.. matlamat utama kami adalah mencari redhaNYA.. kerana saya takut pada cinta yang tidak bersyariat...

Sunday, January 03, 2010

azam oh azam...

tahun baru hijrah dan masihi yang tidak jauh berbeza harinya telah kita lewati... salam tahun baru.. hijrah dan masihi...
semangat tahun baru entah kan ada entah kan tidak.. saya tidak bisa mengungkai rasa dalam diri..namun seperti biasa setiap kali tahun baru tiba(hijrah dan masihi) saya ada azam tersendiri...
walaupun sedar..
azam untuk mengubah yang tidak baik kepada yang baik..azam untuk membaiki yang kurang baik kepada yang lebih baik.. untuk mencari yang terbaik di antara yang baik2... azam2 itu seharusnya bukan hanya muncul sekiranya tiba tahun baru sahaja... tetapi setiap kali hari baru menjengah kita...
azam yang saya cipta tahun2 lalu masih ada yang belum tercapai... itu yang pasti...saya tersenyum sendiri... itu bukan azam agaknya...mungkin angan-angan.... kerana saya hanya mencipta... bukan berusaha untuk mencapainya...(hehe)
tahun baru ini... banyak yang telah berubah... dan saya juga.. berubah...

SALAM 1431H & 2010

Saturday, December 26, 2009

ketika hati membicara rasa

sakitnya rindu... itu yang mampu saya ungkapkan dengan kata2.. selebihnya,biar lah hati ini membicarakannya.. kerana tiada insan yang bisa memahami sebenar-benarnya sebelum mereka sendiri yang mengalaminya... hanya ALLAH jua yang maha mengerti.. kerana itu... saya tidak meminta DIA mengurangkan rasa ini..tetapi saya minta DIA menganugerahkan kekuatan kepada saya menghadapi perasaan ini...
Ya ALLAH... izinkan rindu ini terus bertamu di hati ini.. tetapi ya ALLAH.., suburkanlah hati ini dengan ketabahan agar aku tidak resah menunggu saat pertemuan.. ya ALLAH, bajailah rasa ini dengan keimanan..kerana aku tidak ingin rinduku kepadanya mengatasi rinduku kepadaMU ya ALLAH....

Tuesday, November 17, 2009

di sebalik redup wajah mereka.

minggu terakhir persekolahan... perasaan saya bercampur baur..dan saya pasti setiap warga sekolah lain jga begitu. tugasan yang terpaksa disiapkan sebelum cuti bermula sememangnya membuatkan saya merasakan pantasnya masa berlalu. Tema minggu ini juga.. "budaya tutup sekolah"
buku-buku teks telah dihantar..anak2 datang kesekolah dengan beg kosong..itu saya maklumi..kerana pembahagian buku2 teks untuk tahun hadapan pula akan bermula.
kelas agak bising. mungkin kerana mereka tahu sukatan pelajaran telah tamat. mungkin kerana mereka gembira cuti panjang akan bermula...mungkin terlalu banyak cerita yang ingin mereka kongsikan dengan teman2 kerana selepas ini mereka tidak dapat berkumpul seperti ini dalam tempoh yang agak lama... segalanya mungkin...
angin dingin yang menghembus cukup mendamaikan.sesekali hujan yang meyirami bumi sejak awal pagi tadi kedengaran lebat. saya lihat wajah girang anak2 ketika saya melangkah masuk ke kelas. salam saya dijawab dengan suara yang agak kuat..seolah mahu mengatasi bunyi hujan..dan mereka membaca doa dan mengucap kalimah syahadah apabila saya menunjukkan isyarat tangan.
hari ini saya tidak merancangkan ape2 aktiviti untuk dilaksanakan walaupun pada rekod pengajaran harian saya catatkan "muraja'ah" sementelah pula mood untuk mengajar terasa hambar.... ni dah mood cuti..teringat kata seeorang teman.. mood orang nak kawin...yang lain menyampuk sambil menjeling saya. dan saya tersengih cuma..he3
dalam waktu setengah jam itu saya merenung setiap anak2 di dalam kelas itu. mereka ada reaksi tersendiri..tetapi setiap kali pandangan mereka bertembung dengan saya, mereka tertunduk malu. saya tersenyum di dalam hati.
seorang murid menghampiri saya.dia tersengih..ustazah..kita nak tolong jaga kelas..katanya. saya geleng. tak pe..ustazah ada ni ustazah jaga laa..
dia angguk..tetapi dia masih merenung saya..amik kerusi duduk sini..arah saya dan dia pantas melakukannya.. saya mula baru memikirkan untuk memulakan perbualan dengannya...tetapi beberapa orang murid lain menghampiri kami. ustazah nk duduk dekat ustazah jugak.. seorang berkata..yang lain mengikut.saya angguk dan berkata. tak payah amik kerusi. berdiri je.
mereka tersenyum...alahai sukanya...mungkin kerana bukan selalu mereka dapat merasai suasana santai di dalam kelas seperti ini.. satu persatu wajah redup mereka saya renung..
1 yg sy perasan, seorang murid yang berdiri tidak jauh dari saya asyik mengenyitkan mata kirinya setiap kali saya merenung dia. solihin...saya menggamit..dan dengan senyuman dia menghampiri saya. cuba buat sekali lagi macam tadi...arah saya.. dia menggeleng.senyuman masih tidak lekang dari wajahnya...tetapi dia terus menggeleng walaupun saya menyuruh beberapa kali...pandai ek wat camtu.. saya mengusik dia. dia wat cammane ustazah? seorang bertanya. macam ni..saya tunjuk gaya.. (tapi yang pasti tak menjadi sebab kedua-dua mata saya terpejam..)haha.
ooo.. mereka ketawa...
di sebalik setiap redup tenang wajah mereka..saya pasti..ada pelbagai cerita yang tidak bisa kita duga sangka dengan pandangan zahir kita...
benar lah.. zaman kanak2 sungguh bahagia.. kerana mereka tidak perlu memikirkan ape2 masalah rumit seperti kita orang dewasa...sesekali terdetik rasa kesal bila kita orang dewasa sering memarahi dan menyalahkan mereka... dan saya sendiri akui kekadang tangan ini mencubit lengan mereka.. bila emosi mengatasi akal kita sememangnya tidak dapat mengawal diri.... "jangan mendidik dengan menyakitkan.." saya cuba mengaplikasikan kata2 itu..tapi saya sering tewas dengan kenakalan mereka....sesekali mereka perlu di ajar dengan merasa sakit... naluri saya menutur andaian yang saya tidak pasti benar salahnya......

Saturday, November 14, 2009

monolog semalam:andai aku jatuh cinta....


wahai Maha Pengasih...
andai suatu hari nanti aku jatuh cinta, benihkan cintaku kepada seseorang yang melabuhkan cintanya kepadaMU..agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMU..
wahai Maha Penyayang,
andai aku jatuh hati.. izinkan aku menyentuh hati orang yang hatinya tertaut kepadaMU..agar aku tidak jatuh ke dalam jurang cinta yang murah...
wahai Maha penyayang...
Andai aku rindu... rindukan lah aku kepada seseorang yang merindu syahid di jalanMU..jaga lah rinduku kepadanya agar aku tidak lalai merindui syurgaMU..

"ya ALLAH, sesungguhnya aku memohon cintaMU dan cinta orang yang mencintaiMU serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMU...


"in life, ALLAH does not give you the people you want..
Instead HE give u the people you need..
to teach you..to hurt you..to love you..and to make you exactly the way you should be.."

cinta kerana ALLAH...


Rasulullah SAW bersabda: Allah berkata:
" cintaKU adalah pasti kepada orang2 yang saling mencintai keranaKU..
cintaKU adalah pasti kepada orang2 yang saling menjalin tali persaudaraan keranaKU..
cintaKU adalah pasti kepada orang2 yang saling memberi nasihat keranaKU..
cintaKU adalah pasti kepada orang2 yang saling mengunjungi keranaKU..
cintaKU adalah pasti kepada orang2 yang saling menolong keranaKU..
orang2 yang saling mencintai kerana AKU berada pada mimbar yang dibuat daripada cahaya...
para nabi, orang2 yang jujur dan para syahid mendambakan tempat yang mereka ditempatkan..." (shahih al jami':4321)

ulamak berpendapat cinta kerana ALLAH terdiri dari dua tingkatan:

1) kamu mencintai seseorang agar kamu mendapat 1 bahagian di dunia darinya yang mendatangkan manfaat bagimu di akhirat


2) kamu mencintai seseorang kerana dia adalah seseorang yang di cintai ALLAH dan mencintaiNYA.Walaupun cintamu itu kepadanya tidak didasari kerana suatu tujuan di dunia mahupun akhirat. ( cinta kerana ALLAH yang seperti ini adalah lebih sempurna)


cinta itu abadi dan pada keabadian ia pergi.-(muhammad iqbal)


cinta itu jiwa, ia memerdekakan jiwa..-(HAMKA)




Friday, October 09, 2009

salam aidilfitri.. (maafkanlah....)


alahai...masa..pantasnya berlari..sehinggakan saya tidak mampu mengejarnya untuk mencoretkan setiap cerita di sini...( setiap saat ada cerita..)
salam aidilfitri.. kalau lah saya bisa mencoret ungkapan itu saat ramadan 1430 melabuhkan tirai harinya...alangkah bagusnya.....he3..( x baik mengeluh...)
apepun,, Alhamdulillah.. belum terlambat rasanya selagi kita masih meniti hari-hari dalam bulan syawal 1430 ini...(ish2..meniti cam lambat pulak rasa...)he3...
jari kususun..maaf kumohon.. andai ada khilaf diri yang belum dilupakan.. ada yang berkata.. memaafkan dan melupakan sesuatu yang jauh berbeza... buktinya.. adakalanya dalam sedar ataupun tidak pernah terlintas di hati kita.. memaafkan boleh...tapi..untuk melupakan terlalu sukar... tidak mungkin boleh melupakan kesalahan orang lain terhadap kita ...
memaafkan bukan bererti melupakan... kerana kita hanya manusia biasa.. teringat saya bicara seorang fasilitator ketika saya mengikuti program sebelum graduate dulu.. "itu normal..maafkanlah walaupun tidak mampu melupakan..jangan berdendam...yang berlalu biarkan berlalu..."
benar...dendam itu pahit..dan benih yang pahit tidak akan membuahkan hasil yang manis... selagi ada sekelumit dendam di hati... tiada keindahan yang kita rasai...walaupun bibir berulang kali mengucap kata.. saya telah memaafkan dia...
hapuskan rasa pahit itu.. walaupun pedihnya tidak mampu kita luputkan dalam ingatan... bukankah setiap kita tidak dapat lari dari melakukan kesilapan... jadi, maafkanlah...

Sunday, September 06, 2009

Fw msg: ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR


andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
mengadu...merintih. ..meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA

"wahai tuhan kami tak layak kesyurgamu ... namun tak pula kami sanggup ke Nerakamu ... kami lah hamba yang mengharap belas darimu "ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia" Amin.....


andai benar ini Ramadhan terakhir buat saya
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH SAYA LAKUKAN

p/s: msg yang saya copy daripa e mail..sekadar perkongsian untuk ingatan bersama. semoga kita sama2 mendapat kebaikan..

Saturday, September 05, 2009

sahabat sejati..?


imam syafie ada mengungkap kata-kata ini..
"Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Padahal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Kalau duka melanda, aku sering bertanya. Siapakah yang sudi menjadi sahabatku? Dikala aku senang, sudah biasa bahawa banyak orang yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah merekapun bertepuk tangan"
sesukar itukah untuk kita ketemu teman sejati?
kerana itu sahabat...
seandainya engkau bertemu dengan seseorang yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan.. mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, mempercayaimu atas nama keikhlasan, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan..dia bukanlah seorang biasa tetapi seorang sahabat sejati yang kekal selamanya dihati...