بسم الله الرحمن الرحيم

semoga usaha yang sedikit ini di catat sebagai "1 kebajikan" di sisiNya..insya'ALLAH
SeLaNgkaH ke aLaM peRjuaNgaN, bererti selamanya dalam kepahitan.. biarlah menangis, terluka, kecewa, ditinggalkan kerana ALLAH daripada mati terkambus tanpa mujahadah... tApi, InGaTLah..setiap titisan darah daripada luka.. serta setiap titisan air mata itulah Mahar kita ke SYURGA..bila ditanya, kenapa berjuang itu pahit? jawabnya kerana SYURGA ITU MANIS..
...:mujahadatunnafsi adalah perjuangan yang mesti:...
...:muhasabatunnafsi amalan yang perlu:...
..........SeLaMaT BeRjUaNg............

semoga redha,rahmah kasih sayang jua inayah perlindunganNYA senantiasa menemani hari-hari yang kita lalui..Insya'Allah..
reDha,tabah dan sabarlah berhadapan dengan setiap mehnah ujianNya.. kerana setiap sesuatu ada hikmahnya...
cume kita yang kekadang gagal menghalusinya..

Thursday, April 16, 2009

aLHaMduLiLLaH..

ALHAMDULILLAH..Debaran 12 minggu berakhir jua.. Saya senyum bahagia selepas penyeliaan terakhir dari pensyarah pembimbing...
Hari ni last ye? Kak Farah bertanya. Saya angguk dalam senyum.
Oo patut la dak zue senyum je hari ni.. Kak Shan berkata.
Bahagia la ye dah merdeka..
Saya membalas dengan senyuman lagi.Patutnya kita tak payah bagi dia balik hari ni..Kita suh dia jaga sekolah..tapi dia nak gi KL esok tu..Kak Lin pula berkata mengusik saya..
Mana boleh macam tu.. Saya turut tergelak bersama Kak Shan dan Kak Farah.
Gi KL dating ye zue?
Ye la tu...
Saya membiarkan diorang dengan andaian sendiri. yang pasti saya sememangnya berasa lega yang teramat..Bak nyanyian cikgu sulizi(dikir) "bagai lepas hutang seribu..." he3.. camtu ye..lebih kurang ah..

Terkenang satu persatu pengalaman yang yang saya lalui selama 12 minggu ini.. tidur saya tidak pernah menentu setiap malam. Kerana saya terkial-kial menyiapkan rancangan pengajaran harian (RPH) dan juga ABM.(silap saya juga..suka tangguh2 kerja..he3)setiap hari persekolahan saya berdebar..takut kalau2 pensyarah yang menyelia muncul tiba2. debaran setiap hari itu membuatkan saya merasakan masa yang berlalu seakan merangkak perlahan lahan.lambatnya...
Dan dalam tempoh itu juga saya jadi fobia. Fobia untuk membaca SMS yang saya terima. he3..takut kalau2 pensyarah saya yang mengirim SMS.

Apepun 12 minggu itu banyak mengajar saya. menguji dan menduga hati saya. bukan sedikit air mata saya tumpah..(he3.. saya yang mudah sangat nak nangis kot..huhu..)tetapi saya tahu air mata bukan bukti kita tidak kuat berhadapan dengan dugaan. Tetapi kerana kita insan biasa yang di kurnia hati dan perasaan...he3..btul kan..
Kalau orang lain boleh..kita pun mesti boleh. terkenang saya kata azimat yang pernah ditutur oleh seorang teman ketika saya menyuarakan kebimbangan semasa mula2 menerima tawaran masuk ke institut pendidikan guru tahun lalu.

Ye.. saya telah melaluinya.. mengalami dan melepasinya. tempoh 12 minggu yang saya rasakan terlalu lama itu telah berlalu. meninggalkan berjuta pengalaman dan pengajaran sebagai bekalan untuk saya tempuhi hari mendatang.. sememangnya perjalanan hidup ini sentiasa membawa kita melungsuri syllabus yang sukatannya tidak tercatat nyata di mana-mana...(kerana setiap kita mengalami pengalaman yang berbeza..sebab itu saya katakan syllabus yang tiada tertulis nyata di mana2..)hanya DIA yang maha mengetahui.

No comments:

Post a Comment