بسم الله الرحمن الرحيم

semoga usaha yang sedikit ini di catat sebagai "1 kebajikan" di sisiNya..insya'ALLAH
SeLaNgkaH ke aLaM peRjuaNgaN, bererti selamanya dalam kepahitan.. biarlah menangis, terluka, kecewa, ditinggalkan kerana ALLAH daripada mati terkambus tanpa mujahadah... tApi, InGaTLah..setiap titisan darah daripada luka.. serta setiap titisan air mata itulah Mahar kita ke SYURGA..bila ditanya, kenapa berjuang itu pahit? jawabnya kerana SYURGA ITU MANIS..
...:mujahadatunnafsi adalah perjuangan yang mesti:...
...:muhasabatunnafsi amalan yang perlu:...
..........SeLaMaT BeRjUaNg............

semoga redha,rahmah kasih sayang jua inayah perlindunganNYA senantiasa menemani hari-hari yang kita lalui..Insya'Allah..
reDha,tabah dan sabarlah berhadapan dengan setiap mehnah ujianNya.. kerana setiap sesuatu ada hikmahnya...
cume kita yang kekadang gagal menghalusinya..

Monday, April 13, 2009

kaktus kehidupan...


DURI hari ini adalah BUNGA hari esok.(Today’s THORN...Is tomorrow’s FLOWER!)
Begitulah hidup ini... seperti kaktus..daripada pokok yang berduri tumbuh bunga yang indah... sehingga kita tidak percaya bagaimana pokok yang penuh duri itu boleh menghasilkan bunga yang indah suatu hari nanti.

yakinlah, kita tidak akan selamanya dibiarkan olehNYA YANG ESA terus berada dalam rentak hidup yang sama saban hari.. putaran roda kehidupan akan sentiasa membuatkan kita berada kekadang di atas dan kekadang di bawah....kekadang menang..kekadang kalah..kekadang suka..kekadang duka.. kekadang ketawa..kekadang menangis...itu hakikat perjuangan jua rencah kehidupan..

Duri hari ini adalah bunga hari esok...teruskan berdoa.. yakinlah janjinya..
(- "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu"-)al mu'min:60

Pernah kita mengeluh dan bersedih kerana ada doa kita yang tidak diperkenankanNya.Dan pernah kita memohon sesuatu tetapi kita menerima yang lain daripada Allah.. . Pastinya ALLAH sentiasa melakukan semua perkara dengan betul.Cara Allah sentiasanya cara terbaik,Walaupun kelihatan semuanya salah.
percayalah ALLAH maha mengerti ehwal hambaNYA.DIA maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita..what you want is not always what you need.. apa yang kita pinta tidak semestinya apa yang kita benar2 perlukan.. kerana itu, DIA memilih apa yang terbaik untuk kita..DIA mengurniakan apa yang kita pinta pada masa yang sesuai...

ALLAH GIVES THE VERY BEST TO THOSE WHO LEAVE THE CHOICES UP TO HIM!
(ALLAH MENGURNIAKAN PILIHAN TERBAIK KEPADA MEREKA YANG MENYERAHKAN KETENTUAN KEPADA-NYA)

kaktus kehidupan... tidak selamanya duri menyelubungi diri itu akan melukakan jemari yang menghampiri.. kerana sebalik duri itu akan muncul kuntuman indah.. yang akan menghiasi hari.. renungkanlah...

No comments:

Post a Comment