بسم الله الرحمن الرحيم

semoga usaha yang sedikit ini di catat sebagai "1 kebajikan" di sisiNya..insya'ALLAH
SeLaNgkaH ke aLaM peRjuaNgaN, bererti selamanya dalam kepahitan.. biarlah menangis, terluka, kecewa, ditinggalkan kerana ALLAH daripada mati terkambus tanpa mujahadah... tApi, InGaTLah..setiap titisan darah daripada luka.. serta setiap titisan air mata itulah Mahar kita ke SYURGA..bila ditanya, kenapa berjuang itu pahit? jawabnya kerana SYURGA ITU MANIS..
...:mujahadatunnafsi adalah perjuangan yang mesti:...
...:muhasabatunnafsi amalan yang perlu:...
..........SeLaMaT BeRjUaNg............

semoga redha,rahmah kasih sayang jua inayah perlindunganNYA senantiasa menemani hari-hari yang kita lalui..Insya'Allah..
reDha,tabah dan sabarlah berhadapan dengan setiap mehnah ujianNya.. kerana setiap sesuatu ada hikmahnya...
cume kita yang kekadang gagal menghalusinya..

Monday, April 13, 2009

sukarnya mentarbiah hati..



HATI..raja di dalam diri..terpimpin hati terserlahlah hebatnya diri..begitu lah sebaliknya.. kerana hati adalah raja yang memimpin.. menentu hala tuju diri..segalanya bermula dari hati...Sebagaimana yang dinyatakan berulang kali oleh Hujjatul Islam, Abu Hamid bin Muhammad Al-Ghazali bahawa peranan hati terhadap anggota tubuh yang lain ibarat seorang raja yang mengatur hamba-hambanya, seluruh anggota tubuh harus patuh dibawah perintahnya, pendapat beliau diatas merujuk pada hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan Imam Bukhari dan Imam Muslim, Rasulullah SAW bersabda:
"Ingat! Bahwa dalam tubuh itu ada segumpal darah daging, bila ia baik, akan baiklah seluruh tubuh itu, dan bila ia rosak, rosaklah seluruhnya, itulah dia Qalbu". (HR Bukhari dan Muslim).

hati perlu dididik..ditarbiah dengan kaifiyyat yang sebagai mana telah dipandu al quran dan sunnah..

sukar nya mentarbiah hati..untuk segera redha tiap takdir ketentuanNYa.. sukarnya memujuk hati untuk sabar menanti hikmah di sebalik setiap ujian.. mungkin kerana hati ini telah banyak di penuhi tompok2 hitam lantaran banyak kekilafan semalam yang belum dibasuh dengan air mata taubat penyesalan... atau mungkin kerana diri ini sering terleka dengan nikmat pemberian lantas bibir dan hati ini tidak memuji syukur padaNya..

seorang teman pernah mengajar saya doa ini...
"ya ALLAH.. saya sedar kekhilafan diri.. saya akui kelemahan diri.. kerana itu saya mohon penuh pengharapan... bimbing dan pandu lah hati saya kepada kebenaran.. jalan yang paling ENGKAU redhai...berilah kekuatan kepada saya untuk terus istiqamah mentarbiah hati yang sering kecundang dengan tuntunan perasaan ini....

Artist: in_team
Title: keredhaanmu
Judul : KeredhaanMu
Album : In-Team'04
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


Ya Allah, Ya Tuhanku..HambaMu merindukan..Rahmat kasih sayangMu..Dan jua keredhaanMu
Dalam hidupku
Meskipun ku ulangi dosa noda..Yang menjanjikan azab sengsara
Namun ku sedari..KeampunanMu tidak bertepi
Ku akui diri ini..Hamba yang mungkir pada janji-janji..Jadikanlah taubat ini yang sejati..
PadaMu Ilahi
Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku..Ya Allah, redhakanlah kehidupanku..Moga terhapus penghijab kalbu Antara Kau dan aku..
Tuhan,
Ku zalimi diri ini..Andai Kau tak ampuni dan rahmati..Alangkah ruginya diri
Tuhan,
Jangan Kau palingkan hati ini..Setelah Kau beri hidayah
Sesungguhnya Kau Maha Pengasih

Lagu : iniAmin / Zamre Khan (Hijjaz Records)
Lirik : iniAmin / Zamre Khan (Hijjaz Records)
Penyusun Muzik : Trabye
Penerbit : Faizal Osman
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.

No comments:

Post a Comment