“KITA SERING MENGAKU KITA MENCINTAI ALLAH. PENGAKUAN SAJA TIDAK CUKUP, PERLU PEMBUKTIAN...”
Ibnul Qoyyim, seorang ulama abad VII, menjelaskan ada sepuluh amal yang dapat membangun kecintaan kita kepada Allah:
1.Membaca Al-Quran dan memahaminya.
2.Mendekatkan diri kepada Allah dengan menjalankan sunnah-sunnah sesudah selesai menjalankan kewajiban.
3.Selalu berzikir dalam segala keadaan, dengan lidah, hati, dan amal perbuatan.
4.Mengutamakan apa yang dicintai Allah
5.Mengingat dan menyebut nama-nama dan sifat-sifat Allah yang mulia (Asmaullah Al-Husna) sambil meresapinya.
6.Memperhatikan kurniaan dan pemberian Allah
7.MenunduKkan hati sepenuhnya kepada Allah SWT.
8.Menyendiri di waktu malam untuk solat tahajjud, membaca Al-Quran dan bermunajat kepada Allah SWT.
9.Bergaul dengan para ulama dan orang-orang soleh,
10.Menghindari segala hal yang dapat mempengaruhi hubungan hati kita kepada Allah SWT
Friday, January 30, 2009
kisah yang menarik
TANGISAN RASULULLAH
"Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf di Ka'bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. menirunya membaca "Ya Karim! Ya Karim!" Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka'bah, dan berzikir lagi: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya "Ya Karim! Ya Karim!" Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata: "Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkanku, kerana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah." Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu bertanya: "Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?" "Belum," jawab orang itu. "Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?" "Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah bertemu dengannya," kata orang Arab badwi itu pula. Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya: "Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!" Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya. "Tuan ini Nabi Muhammad?!" "Ya" jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w. menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya: "Wahal orang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada jeragannya, Ketahuilah, Allah mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya." Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan bersabda: "Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar!" Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi. Maka orang Arab itu pula berkata: "Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!" kata orang Arab badwi itu. "Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Tuhan?" Rasulullah bertanya kepadanya. 'Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahnya,' jawab orang itu. 'Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunan-Nya. Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawanannya!' Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata beliau meleleh membasahi Janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda: Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang. Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah rnengampuni semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!" Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita tersebut. la lalu menangis kerana tidak berdaya menahan rasa terharu.

Tuesday, January 27, 2009
belajarlah bersyukur...
"Aku minta kepada Allah setangkai bunga segar, Dia beri kaktus yang berduri..ku minta kupu2,diberiNya ulat. Ku kecewa dan sedih,tapi tetap bersabar. Namun lama kemudian kaktus itu berbunga indah dan ulat itu menjadi kupu2 yang cantik.."
Begitulah cara Allah mengasihi kita..selalu indah tiba pada waktunya..
renungkanlah...
Tidak semua yang kita impikan akan berada dalam gengaman kita..tidak semua yang kita elakkan akan benar-benar terhalang daripada kita..belajarlah bersyukur.. terima dan redha lah ape jua aturan perjalanan hidup yang telah ditakdirkan buat kita.. Kita hanyalah hambaNya yang lemah dan Dia berkuasa atas setiap sesuatu..
Teruskan berdoa..semoga kita terus tabah dan sabar menempuh setiap yang ditentukan buat kita.. semoga kita menjadi hambaNya yang tahu mensyukuri nikmat pemberian yang tak ternilai iaitu nikmat Islam..dan semoga kita terus setia di atas landasan ini sehingga ke akhir saat jasad dan roh bersatu..amin..

Saturday, January 24, 2009
Engkaulah Ratu Hatiku..
SUJUD HANYA PADA-NYA

Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya.Dia amat kagum dengan penemuan tersebut,sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang doktor neurologi. Setelah memeluk Islam,dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Quran".Kajian perubatan melalui Al-Quran membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Quran.Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah,biji hitam (black seed) dan sebagainya. Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam,maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf,terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. Setelah membuat kajian yang memakan masa,akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang.Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam.Begitulah keagungan ciptaan Allah. Jadi barang siapa yang tidak menunaikan sembahyang,maka otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal sepenuhnya. Oleh yang demikian,kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.
Kesimpulannya: Makhluk Allah yang bergelar manusia yang tidak bersembahyang, apatah lagi yang tidak beragama Islam,walau pun akal mereka berfungsi dengan secara normal tetapi sebenarnya dalam sesuatu keadaan mereka akan kehilangan pertimbangan dalam membuat keputusan yang normal. Justeru itu,tidak hairanlah jika manusia ini kadang kala tidak segan silu untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan fitrah kejadiannya,walau pun akal mereka mengetahui bahawa perkara yang akan dilakukan itu adalah bersalahan dengan kehendak mereka.Inilah adalah kesan daripada ketidakupayaan otak mereka untuk mempertimbangkan akan perbuatan mereka itu secara lebih normal.Maka dengan itu tidak hairanlah timbulnya bermacam-macam gejala-gejala sosial masyarakat masakini.
SIN CHAN OH SIN CHAN...

Pertama kali melihat wajah comel kartun animasi sin chan yang berbaju melayu itu saya tergelak sendiri.. "aduh cute sekali" hi2..
Saya pasti ramai yang minati animasi ini... saya? em.. antaranya laa... walaupun ada yang berpendapat sin chan boleh memberi pengaruh negatif kepada anak-anak, tetapi saya temui beberapa ciri positif yang mungkin boleh kita renungkan bersama...
hakikatnya, setiap sesuatu ada kebaikan dan keburukan. terpulang kepada kita untuk mencari nilai positif atau negatif. kita seharusnya melihat sesuatu dari variasi sudut. kecuali sesuatu yang sememangnya telah termaktub di dalam al Quran dan sunnah tentang keburukannya.
sin Chan- tengok bukan sekadar tengok....
kenapa sin chan macam tu.. kerana didikan dari kedua mama dan papanya..
"mama.. saya sudah balik..." ungkapan yang yang sering terluah dari sin chan setiap kali pulang dari sekolah itu sudah saya hafal..hihi... ada pengajaran di sini.. kita boleh membiasakan anak-anak dengan ungkapan salam setiap kali masuk ke rumah..
"mama
Friday, January 23, 2009

"Jangan menangis..tiap sesuatu ada hikmahnya"
Hari-hari yang berlalu terus mendewasakan kita.. dan saya semakin mengerti erti sebenar hidup ini.. saya sentisa mengingatkan diri..tentang hakikat perjuangan yang sering menuntut berjuta pengorbanan.. saya sedar tuhan menguji bukan kerana Dia ingin mengetahui samada kita tabah ataupun tidak kerana Dia sudah sedia maklum ahwal ummatNYa tetapi Dia mahu menzahirkan kepada kita agar kita bisa menilai diri kita apakah kita termasuk di kalangan hambaNya yang beriman atau kufur.. kerana itu, saya sentiasa cuba untuk tidak menangis..tidak tega membiarkan air mata di bazirkan hanya kerana dugaan kecil yang menjengah diri..tidak sanggup membiarkan air jernih ciptaan Tuhan Yang Maha Agung ini mengalir kerana meratapi nasib diri..tetapi hakikat.. saya tidak sekuat itu.. saya tidak setabah itu..saya cuma mampu berdoa..berharap airmata yang mengalir adalah airmata syukur kerana dalam berbilion ummah saya yang terpilih untuk merasai nikmatnya ujian ini.. saya yakin tiap yang berlaku terselit hikmah yang bukan sedikit.. cuma saya yang kekadang gagal memandang "sesuatu" itu sebagai hikmah..
Bicara yang juga sering bonda ungkapkan itu sentiasa menjadi azimat berharga untuk saya menempuh hari2 saya.. ceriakan hari anda...!! itu yg paling penting!!
if u smile.. the world will smile with you..bingkisan buat bonda tersayang..

Belaian Ibu
Album : Damai
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com
Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Album : Damai
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com
Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh, ibu,Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang..Sejujur pengorbanan
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang..Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan.. Di saat kita berjauhan..Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang...Bak si kecil kehilangan..Kau insan penyayang
Betapa ku merindu..Lembutnya belaian ibu..Membuatku terlena
Ku pastikan dikau aman..Dikurnia sejahtera..Tak ku lupakan
Di wajahmu berolak tenang,Debar di dada kau rahsiakan,Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera..Tak ku lupakan..Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari..Mendakapimu penuh girang..Bak si kecil kehilangan
Tiada aku tanpa ibu..Hanya (kau) satu didunia..Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta..Kau insan pengasih..Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu..Membawaku ke syurga..Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh, Ibu..
Lagu : Manis Helma (Hijjaz Records)
Lirik : Alif Lam Ra (Gurindam Entertainment)
Susunan Muzik : Along Exist, Isman Isam
Penerbit : Zahid, Isman Isam
Hakcipta : Hijjaz Records

Wednesday, January 21, 2009
Ciri sahabat yang perlu dicari

5 cara pilih sahabat.
NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:
Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).
Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.
Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.
Kawan sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalmu dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu."
~~SaHaBaT~~Tiada digelar shbt jika di hatinya tiada kesetiaan, sunyi dari keprihatinan, lalai dgn ujian, tamak pd pemberian...
Sahabat...
Jika hari ini aku terlalu gembira
sedarkanlah aku dgn amaran2 ALLAH...
Jika kubersedih tanpa kata,
pujuklah aku dgn tarbiah Pencipta...
Jika kulemah tak berdaya,
ingatkanlah aku dgn kehebatan syurga...
Jika antara kita ada tembok yg memisah,
ajaklah aku meleraikannya segera...
Jika ada budi yang dihutang,
hanya ucapan terima kasih yg mampu dilafaz...
Jika pernah hatimu terluka
luahkanlah agar aku berubah,
hanya maaf yg mampu
kupinta... Dan jika kupergi tanpa
kembali, iringilah
luahkanlah agar aku berubah,
hanya maaf yg mampu
kupinta... Dan jika kupergi tanpa
kembali, iringilah
pemergianku dgn doa...
berjanjilah ukhuwah kita utk selamanya...
Monday, January 19, 2009
erti sebuah perjuangan...
Hidup ini adalah perjuangan.. selagi roh dan jasad setia bersatu, selagi itulah kita harus berjuang..
Matlamat perjuangan sepastinya hanya untuk meraih redha DIA yang mencipta kita..Mencipta seluruh isi alam ini.. Yang Maha berkuasa menentukan segala sesuatu... Yang Maha Hebat mengatasi segala...
oleh itu... teruskan perjuangan.. semoga hidayah agung anugerah dariNya menemani kita hingga kehujung nyawa.. amin...

Subscribe to:
Comments (Atom)