Wednesday, March 04, 2009
...jika ketenangan yang dicari...
ketenangan adalah 'hembusan dari langit...' dianugerahkan kepada insan-insan seleksiNya. pencarian ketenangan hakikatnya tidak semudah mencari kekunang dikala malam kelam tetapi ia lebih sukar dari mencari kejora di antara bebintang, mencari mutiara di dasar lautan. Dugaan, mehnah ujian adalah rencah kehidupan yang perlu kita harungi demi mencapai darjat ketenangan yang diimpi.
carilah cinta ALLAH.. kerana di situlah nanti kita akan temui ketenangan yang hakiki.. saya pernah membaca dengan kata2 azimat ini.. tetapi Ya ALLAH, layakkah diri ini merangkul cintaMu..saya bukanlah hambaMu yang sentiasa istiqamah di jalan dakwah yang engkau wajibkan ke atas setiap insan.
"Hai anakku, dirikanlah shalat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah)" Luqman:17.
kekadang Ya ALLAH, hati ini lalai dari mengingatiMU.. sedangkan engkau telah mengingatkan:-
"orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenang dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenang." Ar Ra'd:28
kekadang hati ini juga merintih saat menghadapi ujianMU. sedangkan di dalam kitab agungMU Engkau banyak mengingatkan supaya bersabar:-
"Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu,sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar"-Al Baqarah:153.
"Kamu sungguh-sungguh akan diuji terhadap hartamu dan dirimu. Dan (juga) kamu sungguh-sungguh akan mendengar dari orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan dari orang-orang yang mempersekutukan Allah, gangguan yang banyak
yang menyakitkan hati. Jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan" Ali 'Imran:186.
ya ALLAH, saya ingin sekali menjadi hambaMu yang sentiasa zikr memuji kehebatanMU, mensyukuri nikmat pemberianMU yang sememangnya tak mampu saya hitung bilang.
ya ALLAH saya terlalu ingin merasai betapa indahnya perasaan saat dahi ini sujud mengadapMU, menggantung harapan hanya padaMU...saat air mata ini mengalir membayangkan azab-azabMU..saat hati ini menangis mengenangkan kekhilafan diri yang lalu...
layakkah saya ya ALLAH???
tuntunlah langkah saya ke garis takdir yang paling Engkau redhai dan anugerahkan saya ketenangan yang hakiki di dalam hati... aminn...
Sunday, March 01, 2009
carilah hikmah di dalam setiap ketentuan...
Dia menguji kita dengan bermacam cara..(hidup ni kan ujian) setiap kita berbeza bentuk ujian tu.. penah tak terfikir kenapa kita diuji dengan ujian yang berbeza-beza...??
" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."
al baqarah:286.
ha.. tu laa sebab dia.. sebab kita mampu la ALLAH uji kita dengan sesuatu ujian.. bentuk dan cara ALLAH menguji kita itu tidak penting.. tetapi apa yang lebih penting ialah cara kita menerima ujian tu.. cara penerimaan itulah yang menjadikan setiap kita berbeza.. ada yang menerima dengan hati yang terbuka..redha..berserah kepada ALLAH semata.. "ALHAMDULILLAH.. dalam berbilion ummah..diriku menjadi insan seleksi...semoga ujian ini sebagai kifarah dosaku..semoga dugaan ini mendekatkan lagi diriku dengan ALLAH..."
dan ada juga yang menyesali..menyalahkan takdir..meratapi nasib diri.."kenapa aku yang diuji begini..kenapa aku..bukan orang lain..."
sekali lagi..PENERIMAAN ITULAH YANG MENJADIKAN KITA BERBEZA...
renung dan hayati la maksud kalamullah ini...:-
"Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta"
Al 'Ankabuut:3
kerana itu, saya mengingatkan..sekali lagi..carilah hikmah di dalam setiap ujian & ketentuan ilahi...kerana dengan cara itu..kita akan menjadi hambaNYA yang tahu bersyukur dan menginsafi diri..INSYA' ALLAH...
Saturday, February 28, 2009
suara gadis-gadis muslimah..

ni nk share laa.. saya copy drpada kiriman e mail.. saya pom x tau sape yang mula2 karang ni.. terima kasih kat pengarang 2..semoga senantiasa mendapat keredhaan ALLAH..
SUAMI IDAMAN KAMI
suami idaman kami
lautan cintanya pada Rabb Izzati
cinta teragungnya
debar rindunya hanya pada Jannatul
Firdaus
tempat kembali yang sangat indah
maka kami adalah yang paling setia
mengiringi hidupnya di dunia ini
suami idaman kami
hidupnya untuk Islam
setiap detik hidupnya hanya untuk
menegakkan daulah islamiah di bumi
Allah
setiap peluh yang menitis hanya kerana
memperjuangkan kelestarian Islam agar
terpelihara
maka kami adalah yang paling berbangga
menjadi srikandi kepada seorang yang
bergelar mujahid
suami idaman kami
jihadnya untuk Islam
setiap darah yang mengalir
pasti kerana tekad untuk memelihara
kesucian Islam
syahidnya kerana Islam
maka kami adalah yang amat beruntung
memiliki kekasih yang gagah sepertinya
suami idaman kami
wajahnya sentiasa dibasahi wudhuk yang
sempurna
bibirnya sentiasa dihiasi dengan zikir
padaNya
setiap tutur kata bermanfaat buat kami
dan semua
maka kami adalah yang paling bahagia
dinaungi seorang yang bijak laksana
suami idaman kami
penglihatannya sentiasa dipelihara
menjauhkan kebatilan dari dirinya
hanya memandang kepada yang hak
daripadanya
dia melindungi dan menyayangi
atas rasa tanggungjawab pada amanah
yang dianugerahkan
dia menegur dan menasihati
dengan tulus dan ihsan
agar mendapat mardhatillah
maka kami adalah yang paling bertuah
dapat mengasihi seorang mukmin soleh
sepertinya
suami idaman kami
berusaha memperelokkan diri
dengan ilmu dan pengetahuan
agar semakin petah berbicara
agar menjadi da'ei yang berhikmah
sentiasa berusaha menghiasi diri
dengan untaian taqwa
qiamullail memang tradisinya
solat sunat menjadi kegemarannya
tilawah Quran ibadah kesukaannya
maka kami adalah yang paling beruntung
mendapat bahagian dalam doanya
suami idaman kami
dirimu permata gemilang
yang bakal menyerikan dan mewarnai
hidup kami
kami adalah yang paling bersyukur
kerana menjadi permaisuri mahligaimu
insya Allah,
kami akan menjadi penyokong setiamu
dalam memperjuangkan kalimah Allah di
muka bumi ini
kerana dirimu adalah
KEKASIHKU, MUJAHIDKU
Saturday, February 21, 2009
beca oh beca...

"melawat melaka bererti MELAWAT MALAYSIA.." yeke..? saya penah ty kawan sy.. ntah laa..betul or rasionalnya slogan tu kena la tanya menteri pelancongan..he3
agaknya sebab melaka ni negeri bersejarah.. kesultanan melayu bermula.. mcm2 lagi laa sb die.. (rujuk buku sejarah ek)
nak bergambar depan kota A famosa dah tercapai.. pastu saya teringin nk bergmbar ngan beca yang cantik2 kat sini.. warna warni.. penuh bunga2.. tapi saya x teringin pom nk naik.. malu ah.. cantik sgt.. cam x layak jer nk naik..cam pengantin plak..nati orang2 tgok..hihi.. lg pom mahal laa sy rse.. cam x berbaloi jer..pusing2 sambil jalan kaki lagi bes..x abis duit pom.. kan.. nati la 1 hari nati..insya' Allah.. nati ada duit banyak bleh laa naik..
jom kite amik gmbar kat beca 2..kene cpt.. nati p cik beca tau..die mitak suh bayar..
kawan saya kate camtu..
yerke.. ish2..nk bergmbar pom nk kne byar ker? sy geleng kesal..
macam2 laa.. dik, nak naik beca..? pak cik beca tanya ktika ktorang mlintasi tmpat diorang berkumpul ramai2 ngan beca yang cntik2..
nggak mau... saya berkata perlahan.. hi2 x sangka plak p cik 2 dgar..
"ish.. jgn kata nggak mau.." diorang tergelak.. hi2.. jadi minah indon jap..
sy cepat mngatur langkah.. malu..
bila tengok p cik2 beca saya jd kagum.. teringat cerita ketabahan pengayuh beca.. cerita kanak2 yg sy baca ms zaman skolah rendah dulu...bleh disamakan x... kire boleh laa..he3
Thursday, February 19, 2009
...dan demi waktu....
pujangga arab ade mengatakan...
masa tu macam pedang...jika kita tak manage die tul2...die yg akan manage kite...
pepatah melayu pulak mengambarkan... masa ni macam emas.. sangat berharga.. mahal la maksd die.. tapi saya penah dengar ada orang pertikaikan..katanya xsesuai gmbarkan masa mcam emas ni.. sdangkan emas leh bli.. masa x boleh.. masa yang berlalu pun x bleh kita nak panggil balik..kalo dalam novel2 melayu banyak tulis camni.. "andai kubisa memutar kembali memori semalam..."he2.. berangan boleh laa... kite tak payah putar sbenarnya..ape kate kite gulung..kih2..
ok2.. kite tolak tepi jap pepatah melayu dan arab 2..kite renung sendiri2 laa ek... bukan ssah pom nk paham...kan..
emm..ha..sbenarnye..dalam al quran dah jelas..(terang lagi tersuluh) Allah dah ingatkan tentang masa ni..malah ade 1 surah khusus..(surah al 'ashr) banyak juga ayat2 lain yang mngmbarkan tentang masa ni.. kite je yg kurang bagi perhatian...kite akan rugi kalo tak manfaatkan atau mengisi waktu/masa kita dengan perbuatan-perbuatan baik.
Allah dah bagi masa 24jam sehari kat kita..kadang2 bila banyak sangat keja, terdetik kat ati kita.. bagusnya kalo masa lebih dari 24 jam..time tengah hepi pom nak masa lebih.. kita rase masa cepat jer (macam berlari.. tak terkejar kite..).. tapi bile time boring.. x sonok.. sedih.. kite rase mase ni lambat tol berjalan..(sebab berjalan kan.. lambat laa.. bleh gak guna istilah merangkak..he3) kalo tengok jam tu..Ya Allah...seksanya..padahal.. sama jer..sedih ke hepi ke.. masa tetap 'gerak' macam biasa..(xder nye masa kejap lari..kejap jalan.. kejap merangkak..) kite jer yang rase kan.. nape ek..??? tu perasaan je..
ape yang penting kita syukur, masih diberi ruang dan peluang untuk mendampingi 'masa' kat dunia ni.. syukurlah..gunakan masa sebaik-baiknya..kerana kita sememamgnya x mampu nak kembali semula ke masa yang lalu.. (kutahu, untuk memutar kembali memori semalam adalah mustahil..hehhe) ha..tak payah duk sesal2 ngan yang dah lepas 2.. ingat tak imam ghazali da pesan.. "yang jauh tu masa.." (maksud nya kita mmg x bleh nak kembali laa kat masa tu..) tul tak... yang dekat ape imam ghazali kate??
YANG DEKAT TU MATI...
Sunday, February 15, 2009
MENJANA UMMAH GEMILANG
Hidup ini perlukan pengorbanan
Harta,ilmu,jiwa dan raga
Misi tujuan cari keredhaan
Demi menegak syiar Islam
Di dunia jua hari pembalasan
Pentingnya hijrah, jihad dan iman
Di dalam kitab Allah berfirman
Ampun, nikmat jadi ganjaran,
Ikhlas niat kunci kejayaan.
Istiqamah,sabar
Yakin,mujahadah
Teguhkan pegangan Quran dan sunnah
Sempurnakan amanah khalifah tuhan...
Singkaplah kejayaan rasul junjungan
Bersama sahabat,umat Islam
Agungnya sejarah terukir berzaman
Ambillah pengajaran,
jadikan tauladan,
Bersama kita jana kegemilangan.
Mantapkan iman
Kukuhkan perpaduan
Tingkat pengetahuan hadapi cabaran,
Teruskan perjuangan cipta kecemerlangan
Jaga akhlak, hindar kemaksiatan
Umat Islam pasti gemilang...
Akidah Pembentuk Jati diri Cemerlang
Bila akidah teguh di hati
Kenal diri, kenallah Ilahi
Akhlak terpuji jadi amalan
Segala tindakan berlandas iman
Basah lidah memuji Allah
Tenanglah hati dalam iman...
Tabah jiwa tempuh halangan
Yakin setiap janji tuhan
Cemerlang akidah cemerlang jati diri
Takwa dan iman subur di hati
Kita hanya khalifah di bumi
Menunggu saat akan kembali
Bila akidah teguh di hati
Maksiat di jauhi
Mungkar yang meraja
Bisa di hindari
Insan cemerlang
Menginsafi diri
Sukar dipengaruhi
Tega diuji
Hanya tawakkal jadi bekalan
Setelah berusaha sepenuh hati
doa dan harapan
pada Ilahi
hanyalah Dia Maha Memberi
hanyalah Dia Maha Mengerti
ayuhlah semua
kita suburkan
akidah yang utuh
di dalam diri
kerana akidah
sumber keyakinan
kita tabah tempuh halangan...
kita kuat hadapi rintangan...
solat

Bermula sebelum terbitnya mentari.
Ada tuntutan ada kewajipan
Untuk kita umat islam
5 waktu sehari semalam
Tunaikan solat pada waktunya
Usah lalai usah leka
Solat itu pendidik jiwa
Sabar dan redha hadapi segala
Di dalam al Quran Allah ingatkan
Solat itu benteng kemungkaran
Rasul juga turut menguatkan
Solat itu tiang agama
Menjadi saksi di akhirat sana
Hanya solat pembela kita
Solat jua penghubung kita
Dengan khaliq sang pencipta
Sujudlah kita rasa kehambaan
Pohon lah doa penuh pengharapan.
Berdoalah kawan minta keberkatan
Sepanjang hidup kita di dunia
Kita berserah hanya pada Tuhan.
Dia penentu segalanya.
Saturday, February 14, 2009
NikMaT keSeDaRaN
Aku sendirian melayan perasaan
Sedih dan sayu bagai bercantuman
Realiti hidup tak seindah diangan
Damai ku seru dan kunjung datang
Sedang..
Resah ku usir kian bertandang
Pada siapa harus dipersalahkan
Setiap ketentuan bukan permintaan
Tetapi hakikat sebuah kehidupan
Tiada noktah makna perjuangan..
Selagi roh dan jasad setia bergandingan
Jangan bersedih sayang...
Kesedihan takkan mengembalikan yang hilang
Kesedihan bukan jalan penyelesaian
Bisikan itu bagai kedengaran..
Bersama desiran angin tenang
Tuhan menguji dengan tujuan
Derita perjuangan bukan bebanan
Tetapi nikmatnya sebuah pengembaraan...
Kerana Dia maha mengerti insan
Tatkala dugaan menjengah perjalanan
Mengapa cepat takdir di persalahkan
Mengapa cepat terluahnya keluhan
Sedang kita dibekal panduan
Quran dan sunnah itu pedoman
Lantas istighfarku terucap perlahan
Terasa kerdilnya diri dihadapan tuhan
Betapa aku asyik mengira bebintang
Tanpa peduli langit yang menjadi hamparan
Mengapa musibah setiis kuhitung ku bilang
Sedang nikmat yang mengalir sering ku abaikan
Air hangat deras berguguran
Saat kupejam mata yang bergenang
MENANGISLAH SAYANG..
Suara itu terus membisikkan
Kerana itu tujuan air mata diciptakan
Moga tidak dibakar di hari kemudian
Kerana tuhan telah menjanjikan
Titisan itu bisa memadamkan
Api neraka di hari penentuan
Suara hati kusambut girang
Kalimat syukur terlafaz berulang
Nikmat kesedaran tiada tandingan
Hati yang resah menjadi tenang
Saturday, February 07, 2009
ayah....
YA RASULULLAH
Saat lahirnya insan pilihan
Muhammad terpuji itu gelaran
Kekasih ALLAH,rasul junjungan
lahirnya nabi penuh keajaiban
Api sembahan hapus terpadam
Bukti baginda pembawa kebenaran
Dinnullah.. dinnul islam...
Ajaran baginda bawa perubahan
Tersingkap sudah tabir kegelapan
Bangsa arab bangkit dari kejahilan
Cahaya iman penuhi alam...
Ya Rasulullah....
Sabarnya dirimu hadapi tohmahan
Tabah hatimu hadapi tentangan
Ejekan ,tuduhan kau harung tenang..
Ya rasulullah..
Dirimu tetap teguh pendirian
Walau ditawar bergunung kekayaan
Pangkat darjat bukan harapan
Kerana matlamat demi Islam
Bukan senang menyeru kebaikan
Itu hakikat sebuah perjuangan...
Redha Allah kau dambakan
Basah lidahmu alun pujian
dirimu tetap pohon ampunan
Walau dijanji pelbagai kenikmatan
Ayuhlah sahabat kita singkapi
Hebatnya rasul tidak terlawan
Di medan perang dialah pahlawan
Pemimpin seluruh umat islam
Sirahnya agung tiada tandingan
Mulia akhlak jadi sebutan
Kerana baginda acuan al quran..
kerana baginda acuan al quran..
Thursday, February 05, 2009

Sunday, February 01, 2009
penatnYer saya..
Friday, January 30, 2009
PERINGATAN BUAT DIRI...
Ibnul Qoyyim, seorang ulama abad VII, menjelaskan ada sepuluh amal yang dapat membangun kecintaan kita kepada Allah:
1.Membaca Al-Quran dan memahaminya.
2.Mendekatkan diri kepada Allah dengan menjalankan sunnah-sunnah sesudah selesai menjalankan kewajiban.
3.Selalu berzikir dalam segala keadaan, dengan lidah, hati, dan amal perbuatan.
4.Mengutamakan apa yang dicintai Allah
5.Mengingat dan menyebut nama-nama dan sifat-sifat Allah yang mulia (Asmaullah Al-Husna) sambil meresapinya.
6.Memperhatikan kurniaan dan pemberian Allah
7.MenunduKkan hati sepenuhnya kepada Allah SWT.
8.Menyendiri di waktu malam untuk solat tahajjud, membaca Al-Quran dan bermunajat kepada Allah SWT.
9.Bergaul dengan para ulama dan orang-orang soleh,
10.Menghindari segala hal yang dapat mempengaruhi hubungan hati kita kepada Allah SWT
kisah yang menarik
"Dikisahkan, bahawasanya di waktu Rasulullah s.a.w. sedang asyik bertawaf di Ka'bah, beliau mendengar seseorang di hadapannya bertawaf, sambil berzikir: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. menirunya membaca "Ya Karim! Ya Karim!" Orang itu lalu berhenti di salah satu sudut Ka'bah, dan berzikir lagi: "Ya Karim! Ya Karim!" Rasulullah s.a.w. yang berada di belakangnya mengikut zikirnya "Ya Karim! Ya Karim!" Merasa seperti diolok-olokkan, orang itu menoleh ke belakang dan terlihat olehnya seorang laki-laki yang gagah, lagi tampan yang belum pernah dikenalinya. Orang itu lalu berkata: "Wahai orang tampan! Apakah engkau memang sengaja memperolok-olokkanku, kerana aku ini adalah orang Arab badwi? Kalaulah bukan kerana ketampananmu dan kegagahanmu, pasti engkau akan aku laporkan kepada kekasihku, Muhammad Rasulullah." Mendengar kata-kata orang badwi itu, Rasulullah s.a.w. tersenyum, lalu bertanya: "Tidakkah engkau mengenali Nabimu, wahai orang Arab?" "Belum," jawab orang itu. "Jadi bagaimana kau beriman kepadanya?" "Saya percaya dengan mantap atas kenabiannya, sekalipun saya belum pernah melihatnya, dan membenarkan perutusannya, sekalipun saya belum pernah bertemu dengannya," kata orang Arab badwi itu pula. Rasulullah s.a.w. pun berkata kepadanya: "Wahai orang Arab! Ketahuilah aku inilah Nabimu di dunia dan penolongmu nanti di akhirat!" Melihat Nabi di hadapannya, dia tercengang, seperti tidak percaya kepada dirinya. "Tuan ini Nabi Muhammad?!" "Ya" jawab Nabi s.a.w. Dia segera tunduk untuk mencium kedua kaki Rasulullah s.a.w. Melihat hal itu, Rasulullah s.a.w. menarik tubuh orang Arab itu, seraya berkata kepadanya: "Wahal orang Arab! janganlah berbuat serupa itu. Perbuatan serupa itu biasanya dilakukan oleh hamba sahaya kepada jeragannya, Ketahuilah, Allah mengutusku bukan untuk menjadi seorang yang takabbur yang meminta dihormati, atau diagungkan, tetapi demi membawa berita gembira bagi orang yang beriman, dan membawa berita menakutkan bagi yang mengingkarinya." Ketika itulah, Malaikat Jibril a.s. turun membawa berita dari langit dia berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam mengucapkan salam kepadamu dan bersabda: "Katakanlah kepada orang Arab itu, agar dia tidak terpesona dengan belas kasih Allah. Ketahuilah bahawa Allah akan menghisabnya di hari Mahsyar nanti, akan menimbang semua amalannya, baik yang kecil mahupun yang besar!" Setelah menyampaikan berita itu, Jibril kemudian pergi. Maka orang Arab itu pula berkata: "Demi keagungan serta kemuliaan Tuhan, jika Tuhan akan membuat perhitungan atas amalan hamba, maka hamba pun akan membuat perhitungan dengannya!" kata orang Arab badwi itu. "Apakah yang akan engkau perhitungkan dengan Tuhan?" Rasulullah bertanya kepadanya. 'Jika Tuhan akan memperhitungkan dosa-dosa hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa kebesaran maghfirahnya,' jawab orang itu. 'Jika Dia memperhitungkan kemaksiatan hamba, maka hamba akan memperhitungkan betapa keluasan pengampunan-Nya. Jika Dia memperhitungkan kekikiran hamba, maka hamba akan memperhitungkan pula betapa kedermawanannya!' Mendengar ucapan orang Arab badwi itu, maka Rasulullah s.a.w. pun menangis mengingatkan betapa benarnya kata-kata orang Arab badwi itu, air mata beliau meleleh membasahi Janggutnya. Lantaran itu Malaikat Jibril turun lagi seraya berkata: "Ya Muhammad! Tuhan As-Salam menyampaikan salam kepadamu, dan bersabda: Berhentilah engkau dari menangis! Sesungguhnya kerana tangismu, penjaga Arasy lupa dari bacaan tasbih dan tahmidnya, sehingga la bergoncang. Katakan kepada temanmu itu, bahawa Allah tidak akan menghisab dirinya, juga tidak akan memperhitungkan kemaksiatannya. Allah sudah rnengampuni semua kesalahannya dan la akan menjadi temanmu di syurga nanti!" Betapa sukanya orang Arab badwi itu, apabila mendengar berita tersebut. la lalu menangis kerana tidak berdaya menahan rasa terharu.
Tuesday, January 27, 2009
belajarlah bersyukur...
Begitulah cara Allah mengasihi kita..selalu indah tiba pada waktunya..
renungkanlah...
Tidak semua yang kita impikan akan berada dalam gengaman kita..tidak semua yang kita elakkan akan benar-benar terhalang daripada kita..belajarlah bersyukur.. terima dan redha lah ape jua aturan perjalanan hidup yang telah ditakdirkan buat kita.. Kita hanyalah hambaNya yang lemah dan Dia berkuasa atas setiap sesuatu..
Teruskan berdoa..semoga kita terus tabah dan sabar menempuh setiap yang ditentukan buat kita.. semoga kita menjadi hambaNya yang tahu mensyukuri nikmat pemberian yang tak ternilai iaitu nikmat Islam..dan semoga kita terus setia di atas landasan ini sehingga ke akhir saat jasad dan roh bersatu..amin..
Saturday, January 24, 2009
Engkaulah Ratu Hatiku..
SUJUD HANYA PADA-NYA

Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya.Dia amat kagum dengan penemuan tersebut,sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang doktor neurologi. Setelah memeluk Islam,dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Quran".Kajian perubatan melalui Al-Quran membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Quran.Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah,biji hitam (black seed) dan sebagainya. Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam,maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf,terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. Setelah membuat kajian yang memakan masa,akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang.Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam.Begitulah keagungan ciptaan Allah. Jadi barang siapa yang tidak menunaikan sembahyang,maka otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal sepenuhnya. Oleh yang demikian,kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.
Kesimpulannya: Makhluk Allah yang bergelar manusia yang tidak bersembahyang, apatah lagi yang tidak beragama Islam,walau pun akal mereka berfungsi dengan secara normal tetapi sebenarnya dalam sesuatu keadaan mereka akan kehilangan pertimbangan dalam membuat keputusan yang normal. Justeru itu,tidak hairanlah jika manusia ini kadang kala tidak segan silu untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan fitrah kejadiannya,walau pun akal mereka mengetahui bahawa perkara yang akan dilakukan itu adalah bersalahan dengan kehendak mereka.Inilah adalah kesan daripada ketidakupayaan otak mereka untuk mempertimbangkan akan perbuatan mereka itu secara lebih normal.Maka dengan itu tidak hairanlah timbulnya bermacam-macam gejala-gejala sosial masyarakat masakini.
SIN CHAN OH SIN CHAN...

Friday, January 23, 2009

bingkisan buat bonda tersayang..

Album : Damai
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com
Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang..Sejujur pengorbanan
Mendakapimu penuh girang...Bak si kecil kehilangan..Kau insan penyayang
Betapa ku merindu..Lembutnya belaian ibu..Membuatku terlena
Ku pastikan dikau aman..Dikurnia sejahtera..Tak ku lupakan
Di wajahmu berolak tenang,Debar di dada kau rahsiakan,Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera..Tak ku lupakan..Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari..Mendakapimu penuh girang..Bak si kecil kehilangan
Tiada aku tanpa ibu..Hanya (kau) satu didunia..Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta..Kau insan pengasih..Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu..Membawaku ke syurga..Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh, Ibu..
Lagu : Manis Helma (Hijjaz Records)
Lirik : Alif Lam Ra (Gurindam Entertainment)
Susunan Muzik : Along Exist, Isman Isam
Penerbit : Zahid, Isman Isam
Hakcipta : Hijjaz Records
Wednesday, January 21, 2009
Ciri sahabat yang perlu dicari

5 cara pilih sahabat.
NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:
Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).
Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.
Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.
Kawan sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalmu dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu."
~~SaHaBaT~~Tiada digelar shbt jika di hatinya tiada kesetiaan, sunyi dari keprihatinan, lalai dgn ujian, tamak pd pemberian...
luahkanlah agar aku berubah,
hanya maaf yg mampu
kupinta... Dan jika kupergi tanpa
kembali, iringilah
Monday, January 19, 2009
erti sebuah perjuangan...
Matlamat perjuangan sepastinya hanya untuk meraih redha DIA yang mencipta kita..Mencipta seluruh isi alam ini.. Yang Maha berkuasa menentukan segala sesuatu... Yang Maha Hebat mengatasi segala...
oleh itu... teruskan perjuangan.. semoga hidayah agung anugerah dariNya menemani kita hingga kehujung nyawa.. amin...


